Althea Bare Essentials Rejim Penjagaan Kulit Wajah

Althea Bare Essentials Rejim Penjagaan Kulit Wajah| Siapa tak nak kulitnya bersih, cerah dan berseri persis orang Korea. Sekarang ni ada banyak produk di pasaran yang boleh kita dapati. Cuma nak tak nak je cuba. Tapi untuk kali ni, kinah nak kongsi dengan korang satu skincare daripada Korea. Serius cakap kinah dah jatuh cinta dengan skincare ni. Sebab apa? Hanya 3 langkah mudah untuk dapatkan kulit yang cantik , halus dan mulus macam orang Korea. Tak payah berkrim malam siang bagai. Mesti korang tertanya-tanya kinah guna skincare apa kan?

Althea Bare Essentials Rejim Penjagaan Kulit Wajah

Althea Bare Essentials Rejim Penjagaan Kulit Wajah
Althea Bare Essentials

Kalau korang nak tahu, Althea baru saja lancarkan skincare mereka sendiri tau. Wahhhh Althea sekarang kerlasss gitew. Jangan ingat Althea hanya ada kosmetik je yer. Skincare pun dah ada tau sekarang. Namanya Althea Bare Essentials. Nak tahu lebih lanjut mengenai Bare Essentials ni jom lah kita bergosip satu persatu. Confirm korang sendiri pun akan terjebak jugak dengan Bare Essentials ni.


1. Contour Cleanser 50g
Althea Bare Essentials Rejim Penjagaan Kulit Wajah
Althea Bare Essentials

Dah banyak cleanser yang kinah guna tapi cleanser yang ni memang lain dari yang lain. Tak pernah kinah jumpa cleanser macam ni. Bau dia pun soft je tak terlalu kuat tak macam cleanser lain. Kenapa kinah kata macam tu? Haa untuk pengetahuan semua, Contour Cleanser Bare Essentials ni didatangkan khas dengan kapsul mikro yang bertindak balas dengan air untuk menanggalkan segala kotoran yang ada di muka kita. Paling best sekali masa urut-urut di muka terasa berangin. Fuhh memang layan. Bahan-bahan utama yang digunakan untuk Contour Cleanser ni ialah Ice Plant, Lemon dan Verbana Leaf.

Pssstt, siapa yang bermekap tu wajib ada contour cleanser ni.  Seperti kinah terangkan di atas, cleanser ni memang effektif menanggalkan segala kekotoran terutama mekap di muka kita. Kan korang dah jimat satu step. Kinah dah try dah memang dia cuci habis.

Kalau korang nak tahu, contour cleanser ni juga berfungsi sebagai detoks untuk kulit wajah kita, di samping dapat melancarkan peredaran darah di muka dan membuang sel-sel kulit mati yang terdapat di wajah kita. Ada satu lagi yang kinah perasan setelah beberapa minggu guna contour cleanser ni, muka kinah dah ada shape sikit. Betullll tak tipu. Dengan harga RM23.00 korang boleh dapat full pakej. Siapa tak nak kan?


2. Primer Water 200ml
Althea Bare Essentials Rejim Penjagaan Kulit Wajah
Althea Bare Essentials

Primer water ni lebih kurang macam toner jugak. Kalau nak tahu Primer Water ni lain dari yang lain tau. Primer Water ni adalah langkah yang kedua dan mempunyai dua fungsi iaitu sebagai toner dan primer. Selepas sapu je di muka, muka kita akan rasa lebih segar dan lebih selesa. Kalau korang nak tahu, teksturnya lebih lembut dan mudah meresap ke dalam kulit kita. Feeling sesangat. Bahan-bahan utama yang terdapat di dalam Primer Water ialah Snow Lotus dan Patented Dewdrop Technology.

Oh ye, sebelum terlupa untuk mereka yang sering menggunakan mekap, korang lepas ni tak payah nak susah payah nak mekap tebal-tebal sebabnya bila kita sapu foundation di muka, sapuan akan menjadi lebih mudah dan sekata. Mudahkan. Jadi tunggu apa lagi cepat-cepat order di website Althea hanya RM43.00 sahaja. Mungkin nampak mahal tapi kalau kesan sangat bagus tak salah nak mencubanya.


3. Fixer Cream 50g
Althea Bare Essentials Rejim Penjagaan Kulit Wajah
Althea Bare Essentials

Fixer Cream merupakan langkah terakhir dalam rejim penjagaan muka bersama Althea. Teksturnya yang tidak melekit dan tidak berminyak dan ianya mudah meresap ke dalam kulit wajah kita. Fixer Cream juga bertindak melembapkan wajah kita selama 24 jam tau. Antara bahan utama yang terdapat di dalam Fixer Cream ialah Trehalose, Green Tea dan Baoba Tree. Harganya RM50.00 sahaja.

Review Kinah Menggunakan Althea Bare Essentials
Selama beberapa minggu kinah mencuba set rangkaian Althea Bare Essentials ni, banyak perubahan yang berlaku. Muka kelihatan glowing, lembap dan lebih cerah walaupun tanpa sebarang solekan. Satu lagi kalau korang nak tahu, kinah bila keluar rumah dah jarang nak tepek bedak atau foundation. Rasa lebih confident keluar rumah tanpa sebarang mekap. Hanya RM116.00 sahaja korang dah dapat kulit muka persis orang Korea. Haaa tunggu apa lagi, tempah sekarang sebelum out of stock.


Post a Comment

8 Comments

  1. syoknyaaa...mesti nanti mulus kulit..nak jugakkkk

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum & Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. Semoga murah rezeki sis kinah.

    Simple betul pakejing tu ya

    ReplyDelete
  3. Salam selasa, Saya singgah blogwalking. Tak pernah nampak brand ni lagi. Nampak macam menarik

    ReplyDelete
  4. Mama tumpang lalu petang petang ni. Menjaga wajah biar lah dari usia muda

    ReplyDelete
  5. best sangat pakai set BE ni. kak ana smpai jatuh cinta tau. wajib beli lagi bila stok habis nanti.

    ReplyDelete
  6. Ramai blogger review Althea. Menarik tengok packaging nya. Simple dan cantik :)

    Nway, jemput join segmen dan giveaway di blog Siqah :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
  7. Wah.. Makin comellah kinah lepas nie..

    ReplyDelete
  8. Clear packaging mcmni nampak bersih je. lawa. ramai review bagus. huhu.

    ReplyDelete