Althea Angel | Redeem Point Althea

Althea Angel | Redeem Point Althea  Orang lain dah lama dah update. Kinah baru merangkak nak post. Maaflah lama sangat tangguh, banyak benor kekangan masa. Ingat lagi tak post kinah sebelum ni, kinah ada mention baru redeem point Althea Angel. Tadaaaa akhirnya sampai jugak parcel pink dari Korea. Mujurlah sampai sebelum kinah balik kampung bulan lepas. Kalau tak jenuh la nak arrange  semula delivery dengan kurier. Nak katanya banyak, takde la banyak kinah borong. Sikit je tu.


Althea Angel | Redeem Point Althea

Althea

Kinah ni kalau dah bukak website Althea mula la rambang mata. Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Pilih punya pilih ha inilah hasilnya kinah shopping di Althea aritu. 

Antara item yang kinah shopping ialah:

Contour Cleanser Bare Essentials

Contour Cleanser Bare Essentials
Contour Cleanser Bare Essentials

Contour cleanser Bare Essentials ni kinah pernah review sebelum ni. Alhamdulillah kinah serasi dengan cleanser ni. Cuma cleanser ni bukanlah untuk kinah. Kinah bagi kat mak. Sebabnya masa balik kampung aritu, mak cuba pastu katanya macam best. Jadi kinah grab la satu untuk mak. 

Purito Vitamin C Serum

Purito Vitamin C Serum
Purito Vitamin C Serum

Barang kedua yang kinah grab ialah Purito Vitamin C serum. Hmm sebenarnya first time cuba serum ni. Tak tau la mana datang kesan tompokkan macam jeragat dekat dahi tu. Makin lama makin teruk. Harap la serum ni boleh kurangkan kesan tompok tu. Kalau korang nak tahu, serum ni juga mampu merawat kesan kedut di bahagian muka, ok ke tidak nanti kinah review yer. 

Black and Black Cleansing Foam Nella

Black and Black Cleansing Foam Nella
Black and Black Cleansing Foam Nella

Dah lama cari yang ni sebenarnya. Nampak dari jauh muka takde blackhead. Bila tengok cermin banyak jugak blackhead tu. Nak cuba yang ni kot la blackhead kurang. Siap ada berus free lagi. Harganya takdela mahal sangat. Kira masih mampu milik lagi. 


Mask Boomde Ahdah dan Wedding Dress

Mask Boomde Ahdah dan Wedding Dress
Mask Boomde Ahdah dan Wedding Dress

Item terakhir yang kinah grab di Althea ialah mask Boomde Ahdah dan juga Wedding Dress. Kinah memang suka mask ni. Salah satu cara untuk kinah terapi lepas penat seharian uruskan rumah. Kinah selalu guna pada malam hari dan sebelum nak pakai tu, mask ni kinah simpan dalam peti sejuk dulu. Bila apply kat muka sejuk je. Tak kisah la apa brand mask sekalipun. Cubalah nanti.

Bagaimana? Best ke tidak barang dari Althea ni? Pada yang berminat nak dapatkan skincare, make up dan aksesori dari Korea, korang boleh dapatkan di Althea. Jangan risau, semuanya yang original, dan harganya pun berpatutan. 


Untuk Maklumat Lanjut

Post a Comment

6 Comments

  1. Selalu juga usha barang dekat althea ni, macam best je semua sebab dari korea kan.. Nanti nak try lah beli. Hehe.

    Anyway, jemput singgah untuk baca entry di blog ekin :)

    https://asyiqinroslee.blogspot.com/2018/08/bercuti-di-bayu-beach-resort.html?m=1

    ReplyDelete
  2. bestkan shopping kat althea! sha pun dah banyak barang masuk list sebab nak shopping time sales haha

    ReplyDelete
  3. tuu diaaa sakan naa shopping kat Al Thea :) hehe baru sempat nak following Kinah kat sini :)

    ReplyDelete
  4. Kira byk jugak ni! myra pun belum sempat nak post pasal haul baru-baru ni. huhu tggu review Purito~

    Latest post: REVIEW | ALTHEA X GET IT BEAUTY REAL FRESH SKIN DETOXER IN GREEN TEA AND ROSE

    ReplyDelete
  5. sama la.kita pun suka shopping kat althea..mur mur je harga brg dia..yg best free shipping..hehe

    ReplyDelete
  6. Brg brg althea ni semua nampak best. ika tak pernah lg tau beli huu.

    ReplyDelete