Sifat Malu

Assalamualaikum...


Sifat malu dalam diri begitu sinonim dengan kaum wanita. Sifat malu terbahagi kepada tiga iaitu malu sebagai perasaan, malu sebagai tanda harga diri dan juga malu sebagai fungsi kawalan sosial.

Malu sebagai perasaan
Merujuk kepada istilah 'rasa malu'. Istilah-istilah Melayu yang begitu sinonim dengan perkara ini termasuklah berasa aib, dan berasa segan. Secara umumnya, malu dapat ditafsirkan sebagai perasaan rendah diri ataupun merasa segan akan kekurangan yang ada pada diri individu tersebut jika dibandingkan dengan individu yang lain.  
Malu sebagai tanda harga diri
Merujuk kepada kehidupan bermasyarakat yang begitu menitik beratkan akan hal maruah diri, harga diri dan juga air muka seseorang. Mereka yang tidak mempunyai rasa malu dianggap tidak tahu harga diri sehingga menerima cacian daripada masyarakat. Oleh itu, perasaan malu perlu ada dalam diri setiap individu yang akan menjadi sebagai benteng atau penghalang agar tidak melakukan sesuatu yang negatif 
Malu sebagai fungsi kawalan sosial
Apabila perasaan malu ada dalam diri individu, secara tidak langsung dapat mengawal tingkah laku seseorang serta dapat memainkan peranan sebagai fungsi kawalan sosial. Masyarakat Melayu yang hidup berkeluarga dapat menguatkan lagi fungsi kawalan sosial ini yang mana fungsi kekeluargaan akan memberi impak yang lebih dalam fungsi ini. Jika tidak, ibu bapa yang akan menanggung malu akibat daripada perbuatan anak mereka itu.
Sebagai kesimpulan, malu memberikan impak negatif pada emosi seseorang. Namun, malu turut memberikan impak yang positif dalam kehidupan bermasyarakat kerana perasaan malu dapat mengawal seseorang supaya tidak menyeleweng daripada norma masyarakat sekaligus membentuk suasana yang lebih harmoni. 


Post a Comment

5 Comments

  1. kena malu pada tempatnya la kan?tgk keadaan dan situasi..salam jummat..singgah petang dan follow awk.. ^_^

    ReplyDelete
  2. mun seorang yang sangat pemalu dulu2..sekarang dah bole kawal :)

    ReplyDelete
  3. malu puerlu ada pada setiap diri wanita...tq singgah n follow ye :)

    ReplyDelete
  4. malu bertempat..hee sy dulu pun pemalu jugak akak..duk terperap dalam bilik je kalau ada tetamu tapi skrg do ok da..sejak sy join plkn hari tu hehe

    ReplyDelete