Assalamualaikum...
Pernah dengar Sudoku? Sudoku mula diterbitkan pada tahun
1979 yang mana telah muda mendapat nama di Negara Matahari Terbit iaitu Jepun
pada tahun 1986 dan semakin berkembang pada peringkat antarabangsa pada tahun
2005. Sudoku ni merupakan permainan berdasarkan logik yang mana ia turut
dikenalo sebaga Number Place di Amerika Syarikat. Matlamat permainan ini adalah memasukkan
digit bernombor dari 1 hingga 9 ke dalam satu sel grid 9x9 dengan subgrid yang
dipanggil ‘kawasan’ bermula dengan
beberapa nombor yang telah diberi dalam sesetengah sel yang lain. Setiap sel
dan kawasannya hanya boleh mempunyai satu kali sahaja bagi sesuatu nombor digit
dari 1 hingga 9 tadi. Permainan ini
memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik.
Gambar rajah sudoku
Kawasan 3x3 di sudut atas kanan mesti mempunyai satu nombor 5. Dengan melihat pada ufuk dan datar anda boleh mendapati lain-lain nombor 5 dan menghapuskan semua sel kosong di atas kanan yang tidak boleh ada nombor 5. Ini meninggalkan hanya satu sel yang boleh menerima nombor itu! (diwarnai hijau)
Cara penyelesaiannya terbahagi kepada dua teknik mudah iaitu silang hapus dan mengira digit 1 hingga 9 dari mengufuk dan menjajar untuk mengenalpasti nombor yang tiada di dalam sel. Kinah selalu menggunakan teknik yang kedua yang mana teknik ni mengira berdasarkan nombor yang terakhir dijumpai dan menjajikan penyelesaian yang lebih cepat. Permainan ni ada tahapnya daripada yang mudah hinggalah ke tahap yang susah. Bagi yang mula berjinak-jinak bermain sudoku ni, seeloknya bermula pada tahap yang mudah dulu kemudian barulah ke tahap seterusnya. Selamat mencuba ^_^
8 Comments
pernah dengar ni dari ceta korea, diorang pon ada main jugak benda ni
ReplyDeleteMemang familiar sangat dengan sudoku nie..cuma nak mainnya tak berapa pandai..hihi
ReplyDeletealamak.. mama tak pernah pulak dengar soduku ni.. betul ke mama eja ni kinah?,, hihi
ReplyDeletesy suka main sudoku..:)
ReplyDeletedulu suka jgak main ni..tp skrang malas pulak nak berpikir~
ReplyDeleteSuka main soduku. Abang kita dh ajar cara ni.hehe
ReplyDeleteeiqa kdg2x stress gak main sudoku nie, ahaha
ReplyDeletegeram klu x dapat settle kan.. ehehe
cukup mncabar minda kita kann :)
Nad memang suka main sudoku ^^
ReplyDelete