Assalamualaikum semua, sekarang ni dah macam fenomena pulak, yela mana taknya drama sekarang banyak di adaptasi daripada novel. Adakah sekarang penulis skrip semakin tandus dengan idea sehingga novel diadaptasi kepada drama?? Bukannya sikit banyak, tak terkira dah. Sebagai contoh slot akasia yang lepas Love You Mr Arrogant, apabila tamat drama ni drama lain pulak yang menyusul, adaptasi daripada novel juga. Kalau gini kinah pun nak tulis novel jugakla kot-kotla novel tu boleh jadi drama hehehe dapat pulak royalti waaaaa. Mimpi je la kinah oi hahhaa.
Antara novel yang diadaptasi kepada drama, mana yang kinah ingatla ye, kalau tak cukup korang mentionla
Sehangat Asmara
Bicara Hati
Love You Mr Arrogant,
Playboy Itu Suami Aku.
Gemersik Kalbu
Ombak Rindu,
Suami Aku Ustaz (Bakal ditayangkan)
Marilah sama-sama kita derma barangan keperluan kepada mangsa taufan Haiyan di Filipina, Klik di
----> sini
9 Comments
itulah, sy pon ada terfikir juga yg mereka ni tak ada idea dah ke nak buat drama. hihi, tapi tak mengapalah. boleh promote karya penulis tempatan kan.. :)
ReplyDeletehaah nampaknya makin laris la novel dipasaran...
ReplyDeleteplayboy itu suami aku lebih bagus stay as a novel, tak sesuai betul hero dalam drama tu.. tapi tak tengok pun drama tu, nanti ada je rasa tak puas hati.. kuikuikui..
ReplyDeletesetuju dgn pendapat sis Anne nurain, playboy itu suami aku(PISA) lebh sesuai as a novel je... bila dijadikan drama,, mcm xbest sgt.. and tak sama.. huhu sy xtgok pon la sbb nty msty xpuas hati n nk complain..huhu
ReplyDeletetulah kekadang boring juga tapi layan juga cerita. Jimat duit tak payah beli novel..haha..
ReplyDeletesye rasa trend drama diadaptasi daripada novel since ombak rindu kot..mkin femes je lepas movie tu keluar....btw sye klik nuffnang awak ye
ReplyDeletetak semua novel sesuai di wat drama. tapi skrg aefa layan jodoh itu milik kita. adaptasi jugak kalau tak silap :D
ReplyDeleteteduhan kasih, sebenarnya saya isteri dia dan tak lama lagi filem Manisnya cinta..hehe...tp drama PISA tu mmg xbest sgt...
ReplyDeletetu la ,, xbest cerita (PISA) . bnyak yg tak sesuai. mybe sesuai for novel only.. tak sabar nak tnggu 'The Wedding Breaker by evelyn rose'
ReplyDelete