Assalamualaikum semua, semalam kinah hang out dengan kakak sepupu ke AEON Station 18, saja kitorang jalan-jalan cuci mata kat situ. Selepas sampai kat sana kitorang lunch dulu di KFC. Bercerita, bersembang sakan kitorang jalan-jalan lagi hingga sampai ke panggung wayang. Rambang mata nak tengok movie mana, antara movie yang ditayangkan pada hari tu Frozen, The Hobbit dan Walking With Dinosour. Akhirnya kami decide nak tonton Frozen, masuk panggung wah penuhla, biasala dah cerita berunsurkan kartun tambah pulak tengah masih mood cuti sekolah memang ramai ibu bapa ambil peluang bawak anak-anak mereka. Cerita ni begitu sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat dengan tema kasih sayang antara adik-beradik memang sesuai sangatla budak-budak nak tonton filem ni. Antara watak yang kinah rasa begitu menarik sekali ialah Sven seekor rusa dan Olaf orang salji yang dicipta oleh Puteri Elsa. Puteri Elsa telah disumpah, jadi puteri tersebut mempunyai kuasa untuk mengeluarkan salji. Puteri Elsa mempunyai seorang adik yang bernama Puteri Anna. Mereka tinggal berdua setelah kematian ibu bapa mereka. Apabila tiba hari pertabalan Puteri Elsa, berlaku satu kejadian apabila Puteri Anna meminta restu untuk berkahwin dengan Putera Hans yang baru dikenalinya, Puteri Elsa marah dan entah bagaimana Puteri Elsa tidak dapat mengawal kuasanya dan berlaku salji di Andeline dan Puteri Elsa melarikan diri keGunung Utara. Puteri Anna yang rasa bersalah menjejak kekandanya di Gunung Utara dengan pertolongan Kristoff dan Sven. Nak tau bagaimana kisah pengembaraan Puteri Anna dan Kristoff bolehla pergi menonton.
14 Comments
memang nampak cerita yang menarik..tapi akak belum ada masa nak menonton..
ReplyDeletememang menarik pun kak, bila akak da masa nanti bolehla bawak anak-anak kak menonton :)
DeleteTgk gak cite ni....mmg x bosan pon...gelagat olaf...elsa n anna mse kecik...mmg mencuit hati...lagu2 pon besh kn?
ReplyDeletesama la suka dengan si olaf dengan sven tu. lagu die super best :)
Deletebelom tgk lagi ceta ni . Ramai orang cakap best ^_^
ReplyDeletememang best kak, baik akak g tengok ^_^
Deleteeh berubah lagi rumah kinah ni..tgk iklan je..tak dan g wayang..
ReplyDeletesaje tukor angin kak, huhu akak tengokla nanti :)
Deletetengah tunggu yg download punya.. nak pegi panggung tak mampu.. kehkehkeh..
ReplyDeletekihkih ni pun orang belanja anne
Deleteteringinnya lahaiii nak tengok....
ReplyDeletenanti pergila yengok ika, rugi tau
DeleteTunggu keluar dvd je la..kami mmg tak pernah tgk wayang..hihi first n last tgk upin ipin je
ReplyDeletehuhu yeke, :)
Delete