Assalamualaikum
Siapa baca akhbar kosmo semalam mengenai fenomena ais mini? Semalam akhbar kosmo ada mengeluarkan berita Matahari menyejuk akan mengancam bumi. Fenomena zaman ais mini yang diramalkan akan berlaku 40 tahun lagi berkemungkinan besar tidak akan berlaku di Malaysia kerana kedudukannya di garisan khatulistiwa yang mempunyai penerimaan cahaya yang banyak pada sepanjang tahun.
Menurut Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Fizik, Univeristi Sains Malaysia (USM), Prof Madya Chong Hon Yew, fenomena itu berlaku apabila aktiviti matahari berada pada tahap minimum sehingga menyebabkan berlakunya letusan solar pada permukaan matahari berkurangan dan menyebabkan matahari menyejuk.Pakar astronomi juga memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji perubahan ini dan beliau tidak dapat memberikan ramalan negara mana yang akan terjejas kerana belum pasti sama ada fenomena itu akan berlaku dalam masa 40 tahun lagi. Beliau mengulas berdasarkan laporan akhbar Kosmo semalam bahawa sepasukan saintis Britain mendapati terdapat tanda-tanda matahari mula menyejuk dan berkemungkinan dunia akan dilanda zaman ais mini pada 40 tahun lagi.
Pada kinah, ini semua hanya ramalan sahaja. Segala yang berlaku pada masa akan datang hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.
5 Comments
Good info kinah :)
ReplyDeleteKajian itu dan ini bersilih ganti penemuan baru semuanya berasal dari sintis Barat yang agamanya majoriti adalah Yahudi..berpegang pada Al-Quran & Al Sunnah nescaya tidak akan terpesong pegangan kita disamping perhebat amalan :) Allah Lebih Mengetahui.
ReplyDeleteTerlanjur di sini,shafiq nak jemput Kinah join Giveaway Blogger SS
iya,, semuanya hanya ramalan manusia semata.. Allah lebih mengetahui..
ReplyDeleteyahudi ke nasrani ke sains tetap is a fact.. sains adalah ilmu islam... ramalan cuma ramalan tetapi allah yg tentukan.. apapun ramalan dengan kajian dan fakta adalah lebih berkemungkinan berlaku.... kalau nak kata ramalan begini memesongkan akidah.. bagaiman pulak dengan ramalan cuaca kat tv tu.. aparaa... kalaupun little ice age tak ada effect kat malaysia .. masih terasa kesannya sebab angin monsun yang kita terima adalah dari utara.. klau hemisfera utara jadi lebih sejuk dari sekarang sbab little ice age maka angin monsun yg kita terima automatiknya lebih sejuk.. kita kaan dapat pengalaman sejuk bermusim lah maknanya
ReplyDeletebettul gak.. kalau hemsiphera utara jadi lagi sejuk.. angin monsun yg kita dapat off course la lagi sejuk.. apa punya dokotor usm la.. cetek pemikiranya...cuma pandang khalustiwa je pikir takda apa2.. klau nk ikutkan malaysia bukan betul2 kat khalustiwa.. atsa sikit dr khalustiwa.. sedikit sebnayak effect pengurangan cahaya matahari kesan solar activity akan terasa jugak.. org tua bnyak membaca less pemikiran parallel.. diorg lebih pemikiran straight based on experience.. creativity is the master.. world change by young thinker.. albert einstein punya theory banyak dihasilkan sebelum beliau berumur 40 tahun
ReplyDelete