Kecik-Kecik Dah Pakai Spek Mata


Assalamaualaikum semua

Comeikan baby ni, kecik-kecik dah pakai spek

,kali ni kinah lewat sikit nak update entri sebab nak beri peluang pada si adik nak isi borang UPU. Pada adik-adik di luar sana buatlah keputusan yang terbaik demi masa depan. Topik kinah hari ni bukan nak cerita pasai isi borang upu ni. Kinah nak cerita sikit mengenai pemakaian cermin mata dalam kalangan kanak-kanak. Kesian kat adik-adik kecik-kecik dah pakai cermin mata, ini secara tak langsung akan membataskan aktiviti mereka. Jangan fikir budak yang pakai cermin mata ni tak boleh join aktiviti lasak-lasak,mereka boleh lakukan tapi ada batasnya.

Kalau kinah berjalan di shopping mall, pasar malam mesti terjumpa kanak-kanak yang pakai cermin mata. Antara faktor yang menyebabkan pemakaian cermin mata dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan keturunan. Jika dah mak dan ayahnya pemakai cermin mata tegar si anak, confirm pakai juga. Sebagai contoh family kinah majoriti kami sekeluarga terutama belah mak memang pakai cermin mata. Faktor seterusnya ialah tabiat menonton televisyen dan menghadap komputer dengan jarak yang dekat. Perkara ni memang budak-budak suka, makin kita larang lagi diorang buat. Ish2. Harap pada ibu bapa di luar sana pantau segala aktiviti anak-anak anda terutama menonton televisyen jika tak pantau alamatnya tak lama lagi pakai cermin mata la diorang.

Bila dah mula pakai cermin mata semua aktiviti jadi terbatas, yang lelaki minat main bola macam mana nak main bola kalau dah bercermin mata, memang ada yang main bola tapi risikonya tinggi. Begitu juga pada yang bercita-cita nak masuk dalam badan beruniform cita-cita tu akan terkubur oleh kerana syaratnya penglihatan mestilah jelas. Serius kinah beritahu kalau dah sekali pakai cermin mata akan melekatla cermin tu sampai bila-bila. Kadang-kadang jeles gak tengok kawan-kawan tak pakai spek  ni nampak lebih bebas. Sepanjang kinah pakai spek ni dah 4 kali dah kinah tukar huhuhu. Nampak gayanya kena tukar lagi ni sebab dah kelabu asap je rasanya. 

p/s Hargailah dan bersyukurlah segala anugerah yang telah diberi oleh Allah S.W.T.

Post a Comment

5 Comments

  1. anak mama darjah 1 dah pakai spek.. errmm..

    ReplyDelete
  2. Memang agak rimas jugak lah bila pakai cermin mata ni. Nak melompat nak berlari apa semua kena jaga2. Tapi kalau yang athlete ke atau yang aktif sukan pakai lah contact lens kalau nak lebih bebas. :)

    ReplyDelete
  3. Saya sepatutnya dah kena pakai spek, tp malas lagi.. bila btul2 rasa perlu je baru pakai hehee..

    ReplyDelete
  4. Samalah...keturunan sebelah mak....hu..redha je ye..start pakai spek darjah 6...

    ReplyDelete
  5. Anak sy pun pakai spek juga sbb dia dpt gen dari abang sy.

    ReplyDelete