Alhamdulillah, Rezeki

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah semalam berjaya juga kinah pergi interview di UTC Ipoh sungguhpun bersesak dengan ribuan manusia. Siapa interview kat sana semalam tahulah keadaannya sampai ada yang pengsan. Itulah realitinya sekarang, ramai yang datang untuk interview tapi kekosongan hanya beberapa sahaja. Ikut pada rezeki masing-masing. Ada rezeki adalah, tak ada rezeki tak adalah. Nak cerita pasai semalam, kinah sampai UTC dalam 8.30 pagi macam tula biasala kita naik bas lambat sikit itupun dah berbaris panjang untuk tunggu pendaftaran. Ramai gila sampai berpeluh panas. Bila waktu pendaftaran buka sikit demi sikit bergerak masa tu aksi tolak himpit semua ada. Sabor je la. Lepas bersesak berpulas berhimpit akhirnya kinah dapat juga nombor giliran lepas die cek sijil kinah tu. Itupun acara tolak himpit masih ada last kinah dan mia (baru je kenal masa tu) keluar dari ribuan manusia tu untuk isi borang sambil tunggu member kinah hantar resume. Rumah takde printer suruh memberla kebetulan die kerja dekat area situ. Lepas sekian lama tunggu akhirnya nombor giliran kami dipanggil. Alamak nak tempuh balik ribuan manusia lagi. Rempuh je la lepas tunjuk nombor pada pegawai yang bertugas dan masuk ke Pusat Jobs Malaysia tu. Kami duduk pada kerusi disediakan dan tunggu turn kami. Lepas kena temuduga tu nak keluar tu masih sesak lagi. Haish kami berbisik sesama kami nape la tak buat kat dewan, besar sikit. Lepastu kinah rehat dulu kat gym berhampiran Jobs Malaysia kebetulan member yang hantar resume tu kerja kat situ. Sahaja amik nafas dan sembang jap pastu kinah cadang nak balik. Member suruh tunggu katanya petang tu ada lagi walk interview dari Proton bila pergi intai untuk lelaki je kinah kata aku nak baliklah. Member hantar ke bus stesen Medan Kidd. Sementara tunggu bas nak balik, kinah ternampak satu jawatan kosong sebagai kerani dekat Perak Transit. Haish pergi tanyalah kat kaunter tu. Orang tu suruh tunggu dulu sebab time rehat. Nanti dia panggil bawak kinah pergi office. Lepas beberapa minit kinah tunggu, orang tu panggil dan kinah pun ikut pergi office. Lepas isi borang semua kinah di temuduga oleh admin yang benama Michelle. Semua kat situ friendly la. Lepas ditemuduga kinah balik. Masa dalam bas nak on the way balik seorang staff mereka call suruh datang interview kali kedua dengan bos pulak. Kinah pun pergila pagi tadi, lepas ditemuduga akhirnya kinah diterima. Alhamdulillah tak terkata. Kinah mula kerja Isnin ni. Antara kemudahan kerja kat situ kinah naik bas free huhuhu jimat gaji den. Ok la itu je nak cerita kali ni. 

 

Post a Comment

14 Comments

  1. waa... cepatnya dapat...alhamdulillah....

    ReplyDelete
  2. nak tanya pasal komli tu... berapa lama dia reply email kita ek?

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...tahniah kinah!:)

    ReplyDelete
  4. wahh bestnya..
    murah rezeki kinah kan..
    tahniah dear.. :D

    ReplyDelete
  5. tahniah kinah akhirnya dpt juga kerja kan..rezki tu

    ReplyDelete
  6. wah memang rezeki kan ? dah penat berhempas pulas berhimpit bagai alhamdulillah dapat jugak kerja . . senang pulak tu . . rezeki allah kadang2 dya datangkan dalam pelbagai cara . . congrats kinah . . :)

    ReplyDelete
  7. apapun tahniahla....rugila tolak guru ganti haritu...

    ReplyDelete