Assalamualaikum semua
Semalam entri bergambar je, hari ini entri bertulis pulak huhu. Yer kinah tak sihat. Kinah demam masuk hari ini dah 5 hari. Hmmm lama kan. Sebenarnya kinah dah pergi klinik swasta masa mula-mula kena demam hari tu, masa tu suhu badan kinah 38.2 hmm. Hari ini kat opis dah seram-seram sejuk sampai hidung berdarah. Lepas office hour tadi kinah pergi Klinik Greentown dekat Ipoh tak tahan sangat dah mata berair hidung berdarah. Jumpa doktor terus beritahu doktor yang kita ni demam dah lima hari. Terbeliak mata doktor tu. Sekali cek suhu badan 36, kali ni ada kurang sikit tak macam mula-mula hari tu sampai dapat 2 hari MC. Doktor cakap disebabkan awak demam dah 5 hari kena amik darah untuk FCB. Melilau la mencari bilik amik darah dan serah darah tu pada makmal.
Tunggu punya tunggu nama kinah dipanggil untuk ambil keputusan. Tak faham langsung amenda la diorang tulis. Kinah bawak keputusan darah pada doktor semula. Lepas doktor teliti keputusan darah kinah, alhamdulillah darah kinah normal tak apa pun yang pelik huhu. Apa lagi kinah kena telan ubat aje la minggu ni. Sabor je la.
P/S: Jagalah kesihatan anda semua.
2 Comments
sempat lagi kinah ambek gambar ye?kalau nana nak pandang jarum pun takut...huuu..apapun moga cepat sembuh kinah!amin...
ReplyDeleteAslmlkm kinah ,
ReplyDeletelega rasa hati kinah sihat sejahtera.
rutin pemeriksaan darah jika tidak
baik demam selepas 5 hari adalah
biasa krn pihak doc riso benor jika terdapat kesan kesihatan lain .
maklumlah sekarang ini pelbagai
penyakit sedang melular terutama
musen denggi ni dan untuk pencegahan imunisasi terutama
pada ibu ibu yang mengandung.
malaysia sekarang mejoriti perempuan sudah lebih ramai dari lelaki. mungkin oleh sebab dasar
kebajikan sosial yg di amalkan
kerajaan persekutuan maka penitik beratan kesihatan rakyat terutama
pada golongan wanita paling amat di titik beratkan .
apa pun kinah , semoga cik kinah kita ni cepat sembuh dan sihat sejahtera dan bersemangat untuk berbloqing.