Assalamualaikum semua.
Hari ni kinah tertarik dengan tajuk Beritta Harian Online mengenai curi duit untuk melanggan pelacur. Nasibla kejadian ni berlaku di luar negara. Kalau dalam negara kita berlaku kes macam ni memang habis kena bambu pegawai bank tu. Lebih mendukacitakan, pegawai tu dah berkahwin dan mempuyai dua anak, hmm dah kahwin tapi masih melanggan pelacur. Macam-macam hal la sekarang ni.
London: Seorang pekerja bank yang sudah berkahwin dan mencuri lebih 2 juta pound (RM10.8 juta) dari Barclays serta membelanjakannya untuk pelacur dipenjara selama tujuh tahun.John Skermer, 45, membuka akaun bank palsu dengan overdraf 1 juta pound (RM5.4 juta), sebelum menyalurkan wang terbabit ke dalam akaun peribadinya.Beliau membelanjakan hampir kesemua wang terbabit untuk melanggan pelacur, malah berhabis sebanyak 1 juta pound untuk seorang pelacur saja.Lelaki terbabit didakwa menghabiskan masa beberapa bulan bersama wanita Thailand yang dikenali sebagai Kookai, dengan makan angin ke London dari Cheshire dan menginap di hotel mewah serta makan di restoran terkemuka.Sepanjang tempoh itu, isteri Skermer, Tracym 33, yang dikahwininya selama 10 tahun serta mempunyai dua anak tidak mengetahui identiti suaminya itu.
Bank kesan akaun palsu
Malah lelaki terbabit membohongi isteri dan keluarganya dengan mengatakan beliau terpaksa bekerja luar untuk membantu polis menyiasat kes penipuan.Jawatannya sebagai ketua keselamatan teknologi maklumat (IT) membolehkan beliau mencuri sejumlah 2.1 juta pound dari bank tanpa dapat dikesan sepanjang lima tahun. Tetapi penipuan terbabit akhirnya terbongkar apabila kemas kini keselamatan di bank terbabit mengesan akaun palsu.Ketika beliau diminta menyiasat perkara itu, beliau akhirnya membuat pengakuan.Malah Skermer turut membelanjakan sejumlah wang untuk percutian golf mewah, tiket menyaksikan perlawanan Manchester United dan sebuah kereta pacuan empat roda berharga 35,000 pound (RM190,000). - AGENSI
Sumber daripada Berita Harian online
3 Comments
buang masa jer curi duit sebab nak langgan pelacur... apa2 pun mencuri bukanlah satu sikap yang patut diamalkan dan perkara yang patut dilakukan...
ReplyDeleteSebijak bijak degil monyet bergayut
ReplyDeleteakhirnya bodoh juge makan cili dan pedas sendirian . Tu ler xmoh dengor nasihat dan xde jati diri yang kuat.
Faktor sosiologi budaya meterialistik masyarakat dan tekanan kehendak dari pelbagai sudut juga mempengaruhi menyebabkan
intigriti diri kian lemah oleh sebab faktor manusia yang ingin menunjuk nunjuk. Ni ler sebab nya Kinah .
macam macam hal sekarang ni
ReplyDelete