Kembali Aktif

Assalamualaikum semua...

Ya Allah lama sangat blog ni tak update. Kalau realitinya agaknya dah bersawang bagai fuhhhh. Alhamdulillah hari ni masih diberi peluang untuk berada di muka bumi ini. Salam Ramadhan kepada semua walaupun dah agak lewat nak ucapkan. Kinah tak sempat nak update blog, balik kerja je penyakit malas semua datang. Hari ni baru berkesempatan nak update. Oh ye setelah bekerja selama lebih kurang enam bulan di company ni akhirnya kinah dapat tempat sendiri, pc sendiri. Alhamdulillah. Kinah sekarang ni pikul tugasan berat, kena cover sektor Kampar, mengemaskini maklumat operasi bas mengikut laluan. Penat tu memang penat tapi nak buat macam mana dah kerja. 

Pejam celik kita dah berada di pertengahan bulan Ramadhan sekejap je kan, jangan lupa doakan keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di Gaza. Tambah pula berada di dalam bulan puasa ni banyak dugaan terpaksa mereka hadapi.

Post a Comment

3 Comments

  1. salam. welcome back sis...salam ramadhan ya..tak lama lagi nak raya ehhehe

    ReplyDelete
  2. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarakh Cik Puan Kinah :)

    ReplyDelete