Teringin Nak Makan Ala Thai? Jom Cuba Resepi Daging Masak Merah Simple

Teringin Nak Makan Ala Thai? Jom Cuba Resepi Daging Masak Merah Simple | Assalamualaikum semua. Apa khabar? Kali ni kinah nak share satu resepi iaitu daging masak merah. Selalu daging buat kari, masak kicap, goreng kunyit je. Kali ni ubah selera sikit. Sesekali tekak ni nak cuba makan makanan ala Thai jadi kinah pun cari la Resepi Daging Masak Merah Simple kinah dapat daripada facebook. Facebook sekarang kan banyak je diorang share resepi. Jadi, bila ada sesetengah barang takde kat dapur, Kinah olah sikit resepi tu. Nah kinah kasi gambar sikit.

Teringin Nak Makan Ala Thai? Jom Cuba Resepi Daging Masak Merah Simple

Daging Masak Merah, daging masak merah simple
Teringin Nak Makan Ala Thai? Jom Cuba Resepi Daging Masak Merah Simple

Takdela merah sangat. Kinah bubuh pewarna sikit je.

Bahan-bahan

Daging (ikutla nak masak banyak mana)
3 ulas bawang putih-ditumbuk
1 biji bawang besar-dipotong baji
1 tangkai cili merah-dipotong serong
Cili api (nak pedas lagi tambah cili api)
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
Pewarna merah (kinah guna sirap je)
Daun sup-dihiris 

Cara-cara

Kinah rebus daging tu sehingga empuk setelah itu hiriskan daging.
Setelah semua bahan siap dipotong, dihiris panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk sehingga warna kekuningan.
Setelah itu masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
Setelah cili kisar pecah minyak, masukkan cili sos dan sos tiram kemudian perasakan gula dan garam. Kacau sehingga rata
Kemudian masukkan daging yang telah dihiris, bawang besar, cili merah dan cili api dan pewarna. Kacau sehingga rata.
Setelah semua bahan dah sebati masukkan daun sup yang dihiris. Kacau sebentar dan siap. Mmm sedap dimakan bersama nasi panas.






Post a Comment

10 Comments

  1. Sedapnya, saya kalau ke restoran pun akan order nasi goreng paprik or daging merah je,sebab berlauk sikit,hehe.

    Selamat berkenalan juga ya.

    ReplyDelete
  2. As salam. mudah je resepi ni. tp sedap plak tu. nak cuba la esok..
    abam kie folo sini ye.. no 640. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam. Cuba jgn tak cuba abam kie. Tq abam kie

      Delete
  3. Adoiii dah la tengah lapar ni.. Hahaha selera pulak tengok lauk ni... :)

    ReplyDelete
  4. Thanks 4 sharing.. Nnt bole cuba ni :)

    ReplyDelete