Assalamualaikum semua. Pernah dengar air lemuju? Kinah tau air lemuju ni daripada suami dan ibu mertua. Pada mulanya ragu-ragu juga nak minum. Takut ada apa-apa berlaku. Bila dah minum hmm ok je. Air lemuju ni boleh dianggap sebagai air tonik untuk badan ianya bagus bagi perut kembung, sembelit, pedih hulu hati, sakit-sakit sendi dan sebagainya. Air lemuju ni nak minum kena ada sukatannya. Lebih kurang macam makan ubat juga. Jangan main teguk je kononnya nak cepat buang angin kang penyakit lain jadinya. Kat rumah memang ada sebotol , bila mula rasa sakit-sakit badan baru amalkan.
Macamnilah rupanya botol air lemuju tu. Macam botol kicap je. Diingatkan jauhkan daripada kanak-kanak. Bukan apa takut jadi apa-apa susah pulak. Selain itu wanita mengandung juga janganlah minum bimbang akan membahayakan kandungan.
Tak tahu mana nak dapatkannya. Biasanya kedai India ada jual harganya tak lebih daripada RM5.00. Kinah baru je minum tadi sebab rasa lenguh-lenguh dikaki kesan jatuh aritu. Alhamdulillah lega. Air lemuju kami pun dah habis nampaknya kena beli cepat.
15 Comments
Pernah dgr jugak pasal air ni, tp x pernah minum..
ReplyDeleteCubala nnt. Bagus tuk buang angin
DeleteSaya pun peminat air Lemuju.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini....
ReplyDeleteLemuju? Mcm penah dengar 😅 ingat sama fungsi ngn air selusuh hehe
ReplyDeleteGastric boleh kan?
ReplyDeletepernah dengar , tapi tak tahu ada jual di mana , banyak jugak khasiatnya
ReplyDeletetak pernah dengar dan jumpa pula air lemuju nii heheee
ReplyDeleteAda spa² tau x kt area muar n melaka...air lemuju nie ada jual kt mana?
ReplyDeleteIye betul tu.
DeleteCirit boleh minum tak
ReplyDeleteSetahu saya air lemuju ni untuk buang angin, serta kurangkan sakit-sakit badan je. Untuk cirit kena beli ubat di farmasi.
DeleteBoleh2..kerana saya anak beranak telah amalknnya... insyallah..
DeleteBoleh2..kerana saya anak beranak telah mengamalkannya dari dulu lagi..cepat betul pulih dr gejala sakit2 di bahagian perut lagi2nya..bagus sangat2 air lemuju tu ..sememangnya penawar dn ubat utk mngubati gejala yg tk elok di masa kecemasan lgi2 sakit dibahagian perut..selebihnya tawakal dn brdoa pd yg Maha Esa Supaya disegerakn pulih dr segala gejala pnyakit2 yg tk bagus itu smua..insyhallah..Skian Terima kasih..Wassalam..🤓😎🤗😇
ReplyDeletepanas badan (mcm nk demam), sakit tekak, selesema, batuk, sakit dada pun bagus eh katanya.... saya pi klinik pagi tadi, doktor india perempuan (sudah berumur) yg suggest saya utk minum air ni. Dia kata baik utk pulihkan gastrik.
ReplyDelete