Bersarapan Di Nasi Lemak Tanglin Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua, Semalam kami sekeluarga berkesempatan bersarapan di satu tempat yang boleh dikatakan agak popular kat Kuala Lumpur ni iaitu Nasi Lemak Tanglin. Bila kinah sampai kat sini woowww siap ada keroncong lagi tau. Anak dara kinah siap jadi penonton cilik lagi.
Bersarapan Di Nasi Lemak Tanglin Kuala Lumpur
Nasi lemak Tanglin ni dah lama wujud sejak tahun 1948 lagi. Ha lama tu merdeka pun belum lagi. Banyak lauk yang boleh dipilih seperti ayam goreng, sambal sotong, sambal ikan dan sebagainya. Servisnya pun sangat cepat. Bila dah makan tu tak toleh kiri kanan dah. Harganya turut dipaparkan.
Aii sedapnya. Kinah pilih sambal sotong dan sambal original. Memang sedap sambil layan irama keroncong, irama Malaysia, dan Irama 60 an. Ha menarikkan. Nanti mana yang ada berkesempatan tu bolehla bawak keluarga datang ke sini.
Di sini kinah sertakan pelan yang kinah google bagi memudahkan operasi pencarian anda. Lokasinya berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan betul-betul berhadapan dengan Klinik Kesihatan Tanglin. Pada waktu pagi memang agak ramai. Kinah sampai semalam pun dah nak pukul 11.00 pagi masih ada lagi beroperasi. Siapa yang teringin tu bolehla datang cuba kat sini. Selain nasi lemak ada lagi gerai lain seperti Ikan Bakar. Nanti pasai tu kinah cerita pada masa lain ye.
4 Comments
Salam kenal..wah makan kat tanglin..SA pun selalu sarapan kat sana sebab boss rajin belanja..opis plak kat plaza sentral...
ReplyDeleteBestnye bos belanja hihi
Deletewahhh nampak sedap ni, kena try lah mcm ni hihi :)
ReplyDeleteMemang sedap. Cubalah
Delete