Assalamualaikum semua. Awal bulan aritu kami sekeluarga ke Pontian Kecil di Johor Bharu bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu suami. Kalau orang lain mungkin akan melalui jalan highway tapi kami tak. Kami suka ikut jalan lama. Sebabnya jimat duit tol dan satu lagi kita boleh tengok tempat orang. Kalau ikut highway jalannya lurus saja bosan dan cepat mengantuk. Siapa rasa macam tu? Perjalanan kami pada petang itu diselangi dengan hujan. Boleh dikatakan semua tempat hujan pada masa tu. Setibanya kami di Negeri Sembilan ada satu kawasan lupa la apa nama tempat tu jalan sesak. Pada masa tu dah malam mungkin ada kemalangan berlaku dihadapan bila semakin hampir rupanya banyak pokok tumbang kesan daripada ribut. Kami mengambil keputusan untuk berhenti di Rembau dan menginap di Hotel Rembau. Memang puas hati dengan hotel ni. Ruangnya luas siap ada beranda lagi dan paling seronok si kecik dapat tengok Zoo moo. Murah kelengkapan semua cukup. Keesokan harinya kami sebelum bergerak ke Johor kami singgah dulu melawat Tauke Karipap Klasik Rembau. Siapa duduk Rembau mesti kenal. Taukenya adalah ibu saudara suami. Selepas singgah kami meneruskan perjalanan ke Johor dengan melalui Melaka. Kan dah kata bila lalu jlan lama banyak tempat kita boleh lawati. Di Melaka kami pusing satu Melaka hihi. Sampai di Pontian Kecil dah malam dah. Kami menginap di The Oikos Hotel. Penyambut tetamu memang friendly. Masuk hotelnya waaa cantik tepi laut pulak tu. Sayangnya dapat bilik takde tingkap tengok dinding je la. Design bilik banyak menggunakan kayu pallet. Dah kena dah tu namun mesti ada tapi huhu. Tinggi sangat katilnya. Bahaya untuk budak kecil. Berhabuk pulak tu bawah katil. Harga macam hotel 4 bintang tapi facilities nya aduhai. Harga mahal mesti ada breakfast tapi tak disediakan. Biarlah kata suami ini kalilah kita tido sini. Kemudian kami bergerak ke rumah pengantin di Kg Ara Pasong bukan tak nak tido rumah pengantin kita ada anak kecik jadi susah sikit nak handle. Lepas habis kenduri kami gerak balik. Tapi kami singgah ke Melaka. Suami dari dulu lagi bercadang nak bawak tidur di Pengkalan Balak. Akhirnya tercapai juga hajatnya. Kami sewa chalet si Sri Tanjung. Banyak restoran seafood kat sini. Menurut suami masa dia askar dulu selalu juga dia dan kawannya pergi memancing di sini. Saja bawak Marzaqah Thahirah nak dia rasa pasir macam mana hihi. Kebetulan pada masa kami sarapan di tepi pantai ada sesi pengambaran untuk stesen TV3 katanya. Jumpala pengarah yang semakin meningkat naik pada masa kini. Agak-agaknya siapa ye? Masih ingat lagi slot Akasia Seindah Takdir Cinta? Pengarahnya siapa? Dapat agakkan. Siapa lagi kalo bukan Zulhuzaimy Marzuki. Lepas dah puas main pasir dan berendam kami pun berangkat pulang sebelum tu kami singgah je mana-mana pantai sepanjang perjalanan kami. Sampai rumah pun dah malam.
Masa ni tunggu ayahnya beli pisang goreng
Lupa dah apa nama tempat ni. Tapi anginnya memang best
Masa ni tunggu ayahnya beli pisang goreng
Lupa dah apa nama tempat ni. Tapi anginnya memang best
0 Comments