Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia | Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? Kinah sekarang ni selalu update waktu malam sebab siang kinah menguruskan rumahtangga. Ok kita tak mau mukadimah yang panjang kita terus pada topik kali ni iaitu sarapan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Dah fikir esok pagi nak bersarapan apa? Selalunya kaum ibu-ibu dah mula merancang menu untuk keesokan hari daripada sarapan hinggalah untuk makan malam. Selalunya dalam senarai adalah seperti berikut.

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia


Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Nasi lemak adalah merupakan pilihan utama bagi rakyat Malaysia tidak kira bangsa Melayu, Cina, India semua akan memilih makan ini. Selain daripada telur rebus, sambal ikan bilis, kacang dan timun anda juga boleh menambah lauk lain seperti ayam goreng ada juga yang tak mahu sambal ikan bilis tapi nak sambal sotong. Aiii macam-macam pilihan boleh dibuat. Kena pulak dengan kopi o memang kena sangat la. Tapi janganlah hari-hari makan nasi lemak nanti bertambah lemak dalam badan tu hehe

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia
 
Ni pulak namanya roti canai. Ni pun salah satu kegemaran kinah juga. Kalau boleh hari-hari nak makan haha. Opps terlebih sudah. Roti canai ni berasal daripada negara India dan diolah sehinggalah jadi seperti sekarang. Roti canai ni kita boleh makan dengan pelbagai jenis kuah seperti kuah dhal, kari tak kirala ayam, ikan, daging, kambing sambal ke semua boleh masuk. Emm sedapnya. Sekarang ni nak makan roti canai tak payah nak pergi kedai mamak dah kedai melayu pun ada jual. Orang Cina pun pandai tebar roti canai tau sekarang.

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Ni namanya nasi kerabu selalunya orang pantai timur yang makan. Tapi sekarang bukan orang pantai timur je yang makan orang daripada pantai barat pun dah pandai makan nasi kerabu ni. Pelbagai lauk kita boleh makan dengan nasi kerabu tau. Tengok gambar pun dah lapar. Cara nak makan nasi kerabu ni kena gaul nasi tu dengan budu sambal yang disediakan dengan sayur-sayur. Barulah ada rasa.

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Nasi goreng ni nampak menyelerakan. Selalunya nasi goreng ni dimasak pada hujung minggu iaitu hari cuti terutama bagi ibu-ibu yang berkerjaya. Nasi goreng ni ada pelbagai jenis seperti nasi goreng kampung, nasi goreng USA dan sebagainya. Tapi yang selalu dimasak pada pagi hari ialah nasi goreng biasa. Cepat dan mudah.

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Mee goreng ni pun sama juga macam nasi goreng tadi. Masak hujung minggu itu pada yang makan kat rumahla. Pada yang maka  dekat luar tu lain cerita la. Mee goreng ni simple je tak macam nasi kerabu dan nasi lemak tadi. Mee goreng ni semua bangsa pun makan.

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Ha kuih muih ni untuk mereka yang tidak mahu sarapan yang terlalu berat. Ada kuih cara, donut, roti jala, karipap dan sebagainya. Kalau nak disenaraikan memang akan panjang post ni. Terpulangla yang mana satu teringin nak makan.

Haa kalau nak diikutkan banyak lagi makanan untuk bersarapan tapi kinah ambil yang selalu dimakan je la. Malaysia ni sebenarnya lubuk makanan. Pergilah mana-mana di pelosok Malaysia ni ada je makanan. Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada kerana masih ada lagi yang negara yang tidak bernasib baik seperti di Afrika Selatan, Somalia dan banyak lagi negara yang kekurangan makanan sehingga mengakibatkan kematian.



Post a Comment

9 Comments

  1. waaah .. rambang mata melihat juadah
    yang kinah paparkan..
    terfikir esok .. apa yg hendak di jamah..
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok tolong belikan kinah nasi lemak kak ina ye hihi

      Delete
  2. waalaikumussalam. semuanya menu wajib sarapan ^_^

    ReplyDelete
  3. nasilemak & roti canai tu mmg kegemaran ramai

    ReplyDelete
  4. Sedapnya semua menu tu.. Kebetulan perut lapar..

    ReplyDelete
  5. Saya tak tahan tengok nasi lemak.

    Roti canai pun sama.

    Semua rasa nak makan sekarang!

    ReplyDelete
  6. roti canai kena ada.. hihihi kak liez klau bfst lebih suka tosai sbb suka masam2 tu.. dgn cutney lg pergghhh selera

    ReplyDelete
  7. kalau saya ni bukan pilihan sarapan je tghhari sampai malam pun boleh..

    ReplyDelete
  8. dalam semimggu ada je la yang makan nasi lemak. tak masak sendiri, beli. tak beli orang plak kasi

    ReplyDelete