Sepertimana kita tahu terlalu banyak khasiat lemon. Selain dapat membantu mengurangkan suhu badan terdapat tujuh kebaikan lemon yang mungkin kita tak tahu. Di sini kongsikan tujuh kebaikan lemon tersebut. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
1. Melancarkan Pencernaan
Asam pada lemon membantu memecahkan makanan. Bukan itu saja ye, asam lemon juga boleh membersihkan usus kita
2.Mencegah Dari Dehidrasi
Minum air lemon membantu tubuh kita terhidrat dan menjadikan kita lebih suka minum air. Kita akan perasan dengan cara melihat air urin atau kencing yang tidak berwarna.
3. Menurunkan Berat Badan
Kita paati tahu bahawa minim air lemon membantu menurunkan berat badan, kerana air asam boleh membantu membakar kalori.
4. Berfungsi Sebagai Vitamin C
Tubuh badan kita memwrlukan vitamin c untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh kita bagi mengelakkan daripada penyakit. Vitamin C juga diperlukan untuk metabolisma dan perbaiki sel-sel tubuh
5. Menghasil Antioksidan
Lemon mengandungi banyak vitamin C sebagai antioksida untuk menghindar radikal bebas yang boleh membahayakan tubuh dan kesihatan
6. Menyediakan Potasium
Buah lemon atau buah jeruk asam mengandungi mineral berupa potasium yang panting untuk fungsi otot, tulang, dan peredaran darah yang sihat.
7.Mencegah Batu Karang
Minum air lemon atau jeruk asam boleh mencegah terbentuknya kristal di saluran ginjal atau batu karang kerana kurang minum. Air lemon dapat membantu membersihkan saluran pembuangan terutama ginjal yang bertindak menyaring urin
0 Comments