Maha 2016




Disebabkan hari Khamis adalah hari off day suami jadi kami bertiga pergi menghadiri karnival Maha 2016 yang baru saja berlangsung pada 1 Disember 2016 bertempat di Maeps Serdang.



Pada hari pertama sahaja memang ramai pengunjung sehingga parking agak penuh walaupun hari hujan. Jadi pada sesiapa yang nak pergi ke sana jangan lupa bawak payung sekali ye. 

Pelbagai produk dan hasil pertanian negara ada dijual di Maha 2016 ni. Segala macam jenis buah seperti durian belanda, buah naga, nangka madu, dan pelbagai lagi buah-buahan dalam tempatan turut dijual di sini. Selain buah-buahan, ada juga dijual anak-anak pokok buah-buahan seperti rambutan, mangga, musang king dan pelbagai lagi jenis pokok. Jadi pada sesiapa yang tengah cari anak pokok boleh terjah dan dapatkan dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, ada juga produk-produk hasil tempatan seperti biskut, durian crepe, segala macam jus-jus, kopi, minuman kesihatan dan sebagainya. Nak cerita satu-satu memang banyak jadi nak tahu kena terjah.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat pameran yang dianjurkan oleh pelbagai agensi yang berkaitan dengan sektor pertanian dan ternakan. Disamping itu, anda juga boleh menyertai pertandingan dan cabutan bertuah anjuran MOA. 

Sebenarnya banyak lagi tempat tak terjah disebabkan hari hujan. Tapi tak pe la janji dah sampai ke Maeps ni untuk melihat Maha. Antara barang yang kami beli ialah

Rempah Mak Siti. Rempah semua ni bernilai RM10.00 memang berbaloi macam-macam rempah ada dalam satu paket tu. 

Biskut ni memang sedap. Thahirah suka betul dengan cappuccino tu. Kalau tak silap 2 RM5.00. Siap boleh rasa lagi.

Haa yang ni menggila sikit. Sedap keropoknya 3 RM5.00. Boleh pilih nak perasa apa ada perisa keju, perisa BBQ, perisa kari dan macam-macam lagi.

Haa macam mane menarik tak? Gambar tak banyak yang ambil sebab hari hujan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk hadiri Maha 2016 ni. Maha 2016 berlangsung sehingga 11 Disember 2016. Harga parking sebanyak RM 5.00.

Post a Comment

2 Comments

  1. murahnya kinah...
    tiba tiba tertarik dengan nangka madu terus macam nak pergi je..hahhaha
    kinah dok area serdang ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh takla. Kinah duk area hulu selangor. Saja turun melawat kawasan hihi.

      Delete