Macam biasa pada setiap hari Khamis ada je agendanya. Pada hari ni terjah sebuah restoran pula. Kiranya harini makan-makan jela. Restoran kali ni terletak di Meru Raya berhadapan dengan McDonald Meru Raya, Ipoh. Tahu kewujudan restoran bila ada member post di facebook. Tengok tempat ala area dengan PKNP Perak yang baru. Nama restoran ni ialah R Herritage Recipe (RHR). Siapa yang suka makan ala-ala western boleh terjah restoran ni. Memang berbaloi.
Haa ni la restorannya. Betul-betul depan Mc Donald Meru Raya.
Korang boleh pilih menu yang korang suka. Macam-macam ada.
Nasi ulam opah. Korang boleh pilih sama ada nak ayam bakar atau daging bakar. Kitorang pilih daging bakar.
Bronzil Grill Burger kalau tak salah namanya. Juga boleh pilih sama ada nak ayam atau daging. Ikutlah kesukaan anda.
Selain itu, set untuk kanak-kanak turut disediakan juga. Marzaqah Thahirah makan mushroom soup. Menyengih je la die.
Haa terliur tak? Pada orang-orang Ipoh bolehlah terjah restoran yang best ni. Kalau tak nak crowded sangat baik pergi waktu siang. Mula beroperasi pada pukul 3.00 petang hingga 12.00 malam. Selain itu, pada yang nak sambut birthday ke anniversary pun boleh di sini.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut boleh dapatkan di
Facebook : R Herritage Recipe
No telefon: 011-1518 6079
0 Comments