Plaster Berubat Neobun Memang Best | Aduh sakitnya pinggang, lengan dan belakang. Sapu minyak adala ok sekejap kemudian sakit balik. Sakit-sakit ni dah lama dah selepas bersalin aritu. Nak berdiri lama pun tak boleh. Berdiri lama mulalah sakit kat punggung sampailah ke kaki. Urut?? Adalah jugak urut beberapa kali masa tu ok la sikit kemudian lama-lama jadi balik.
Pakai minyak pun tak boleh nak surut akhirnya kinah pakai satu plaster berubat ni. Namanya Salonpas. Bukan nak kutuk salonpas, rasanya kalau tauke Salonpas baca ni tolonglah upgrade plaster salonpas tu biar gam dia kuat sikit. Ni adala sekejap tampal dah cabut terutama bila berpeluh. Rasa tak best pulak. Bila dah sekejap je boleh tampal macam mana ubat tu nak bertindak.
Kemudian beralih satu plaster berubat ni. Namanya Neobun. Woww memang plaster ni best. Berbeza sangat bila pakai plaster ni. Orang kita panggil koyok je. Gam dia tahan lama. Bila mandi pun tak tanggal. Apa yang best dengan koyok ni tempat sakit yang kita tampal tu rasa berdenyut-denyut. Maknanya ubat tu dah serap. Alhamdulillah bila dah mencuba plaster ni memang tak cari dah koyok lain. Sakit pun makin berkurangan.
Kat rumah memang ada stok koyok ni. Bila sakit tampal je tak payah pening nak sapu minyak panas hihi. Siapa suka pakai koyok ni? Pada yang belum cuba lagi koyok ni cubalah dan pasti tak cari lain dah.
Kalau tak silap, koyok neobun ni ada dua jenis. Satu yang biasa, satu lagi cili. Pernah try yang cili tu. Tapi kinah tak boleh go la dengan cili tu. Rasa pijar, dalam erti kata lain panas.
Jadi, kinah cuma beli yang biasa ni je la.
Korang pulak camne
0 Comments