Disebabkan semalam adalah cuti mingguan suami jadi kami decide nak pergi berjalan makan angin. Tak fikir panjang suami ajak ke Bukit Tinggi. Ala tempat macam ala-ala di luar negara tu.
Disebabkan semalam adalah hari cuti, jadi kebanyakan ibu bapa mengambil peluang bawa anak-anak jalan ke sini. Bayaran masuk bagi orang dewasa sebanyak RM15.00 budak- budak pulak RM8.00. Bagi budak besar Thahirah tak dikenakan bayaran.
First impression tempat ni wooww macam bercuti di luar negara pada hakikatnya dalam negara je.Kami sampai sana pun agak lewat sebab terpaksa tempuh jammed kat Batu Caves tu ha. Kalau tau macam tu baik ikut Batang Kali-Genting-Highland.
Masa kami sampai kebetulan ada persembahan di stage. Kinah tengok jap orang menari.
Gelek jangan tak gelek haha..
Masa ibunya tengah tengok orang menari si anak dan si bapak sedang meronda. Tak terkejar ayahnya.
Lepas habis pusing kat area pentas tu kitorang jalan berjalan sikit ke depan tu. Siapa nak main macam ala-ala funfair pun ado. Kinah cuba tangkap itik. Satu token bernilai RM2.00. Dapat la bear kecik hihi. Jadilah dari tak dapat apa-apa.
Eh eh tetiba pulak ada ahli mesyuarat sedang bersidang hehe.
Kat sini memang ada jual makanan tapi agak mahal la sikit. Apa yang penting tak ada kedai mamak ek. Siapa tekak melayu bawakla makanan siap-siap sebab boleh dikatakan makanan sini agak mahal.
Siap ada badut lagi. Comelkan badut ni. Gegirl. Thahirah takut dengan badut.
Lepas habis pusing kat area situ kitorang tengok swan. Ada dua ekor swan.
Sorila ye. Swan ni datang kat kitorang je. Hihi
Sejujurnya pada parents yang bawa anak kecik better bawak baby carrier. Sebabnya kawasan ni terlalu banyak tangga.
Lepas habis tengok swan kitorang menaiki truck nak ke Jepun Village. Ha yang tu entri lain la ye.
1 Comments
Akak dh pernah pi sini..kalau x salah tahun 2012 ke 2011..x tau la masih macam tu or dh banyak perubahan..taman2 tu semua mmg ada masa akak pi dulu..pi team building je pun..3 hari 2 mlm
ReplyDelete