Kerana Ayam Goreng Mcdonalds

Terpengaruh dengan iklan akhirnya malam tadi dapat juga merasa ayam goreng Mcdonalds. Kitorang cuma drive thru je malas nak beratur ramai-ramai dalam restoran tu. Menggelikan hati kitorang, bukan kitorang je yang terpengaruh dengan iklan rupanya ramai lagi. Drive thru tu ada je kereta berbaris sampaikan orang yang ambil order pun dah hilang mesra. Haha hebat tak hebat penangan ayam goreng ni.


Kita boleh pilih nak berapa ketul ada yang tiga ketul, lima ketul dan sembilan ketul. Harganya pun boleh tahan juga la. Kitorang ambil lima ketul itu pun dah RM29.++ lupa la pula tapi lebih kurang macam tu la. Korang jangan ingat order ayam Mcd ni macam order KFC pula. Kalau KFC  tu dengan harga tu kita dapat coleslaw dan kentang putar siap dapat ayor lagi orang perak kata. Tapi Mcd tak. Ayam je semata-mata. Kiranya ala carte. Jika ditanya sedap ke ayam goreng Mcd tu? Memang sedap. Pedas die wowwwwww haha. Asalnya kitorang mintak original je entah macam mana dapat pulak yang spicy. Biarlah diorang pun sibuk sangat. Thahirah mula-mula tak nak last sekali dia pun join makan sama. Seriusly kalau korang pergi mesti beratur orang mintak ayam goreng ni. 


Post a Comment

11 Comments

  1. dah beberapa tahun x makan mekdi

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala boleh lah. Teringin kan. Dah iklan nya menjadi jadi kat sana sini

    ReplyDelete
  3. Kak ana pun terliur tgk iklan tu. Menggoda sungguh. Tp masih belum berkesempatan rasa lagi. Selalu order ayam biasa dia je.

    ReplyDelete
  4. Suka ayam mekdi ni sebab pedas dia memang betul-betul terangkat! lepastu pula dia punya iklan tu menggoda betul hehehe.

    ReplyDelete
  5. Tula anak kinah yg setahun lebih tu pun terliur tengoknya. Selalu makan kfc je. Saja nak try

    ReplyDelete
  6. Hahaha tau xpe syed.. geram betul tengok iklan tu

    ReplyDelete
  7. Bagi mai McD memang lagi sedap dari KFC, tapi kalau lapar & nak kepuasan, pilih KFC.hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... akak pun setuju dengan mai. Kfc lagi puas hihi

      Delete
  8. esok baru nak pergi rasa sedap tak ayam goreng mcdonalds ni..huhu

    ReplyDelete