Bercuti adalah aktiviti yang menyeronokkan kerana dapat berehat setelah bertungkus lumus memenuhi tuntutan kerja. Namun begitu, kita mesti ingat walaupun melancong tu seronok tapi jika tiada perancangan yang rapi segala percutian akan menjadi suram. Pelbagai aspek perlu dititikberatkan jika kita merancang untuk bercuti antaranya ialah bajet yang kita perlukan sebelum, semasa dan selepas bercuti. Jika kita gagal menguruskan kewangan alamatnya makan maggi jawabnya sementara nak tunggu gaji yang akan datang.
Oleh itu, kinah nak kongsikan beberapa tips untuk kita semua dalam merancang untuk melancong tak kira la anda melancong di dalam mahupun di luar negara. Tips pertama yang sangat penting ialah menabung. Apabila mula merancang untuk bercuti semestinya perlu membuat tabungan seawal mungkin dengan mengasingkan perbelanjaan harian dan duit untuk bercuti dalam satu tabung khas. Disiplin dan terus fokuskan dengan perancangan anda.
Tips yang kedua ialah sentiasa melihat promosi-promosi yang diberikan oleh agen pelancongan. Buat survey terlebih dahulu di mana tempat-tempat yang menarik supaya perancangan percutian anda diisi dengan aktiviti yang berfaedah.
Tips yang ketiga ialah membuat perancangan yang rapi dan teliti dan tentukan tempat, negara dan kota yang ingin anda kunjungi dan sesuai sepanjang tempoh percutian anda. Buatlah pendaftaran dan tempahan bagi tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, masa dan perbelanjaan cuba rancang untuk mengunjungi destinasi menarik yang berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan yang rapi itu tadi, anda dapat mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang yang akan dikenakan.
Tips seterusnya ialah dengan menyediakan dana untuk kecemasan. Hal ini adalah sangat penting jika berlakunya perkara yang tidak disangka disamping dapat membantu anda menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah berbelanja lebih daripada bajet anggaran yang telah dibuat.
Tips seterusnya jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju ada menyediakan kelengkapan dan makanan bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini ke dalam bajet perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa sendiri kelengkapa semasa bercuti pastikan anda membawanya dengan secukupnya dan harus persiapkan fizikal dan mental anda untuk mengeluarkan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi anda yang banyak.
Tips keenam ialah pengangkutan. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tempat dan lokasi yang ingin dituju supaya anda mudah bergerak serta dapat merancang aktiviti di tempat yang akan dilawati nanti. Pilih pengangkutan yang menyediakan harga yang murah dan memilih pemandu pelancong yang arif dengan selok-belok akan kawasan yang akan anda lawati.
Tips yang ketujuh ialah membuat tempahan lebih awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Industri pelancongan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. Buat tempahan di saat akhir kebiasaannya agak mahal terutama ketika musim cuti sekolah. Jadi buatlah tempahan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya kesesakan nanti.
Berminat dengan promosi ni sila klik banner di atas.
Ha macam mana? Bestkan tunggu apa lagi booking sekarang di website Traveloka atau menggunakan applikasi percuma sebelum promosi ini tamat. Apa yang penting dengan Traveloka harga yang dipaparkan adalah harga akhir tanpa caj tersembunyi. Apa yang dilihat itulah yang anda dapat.
1. Flight Deals
Bandingkan semua tawaran penerbangan daripada pelbagai syarikat penerbangan dan buat tempahan untuk merealisasikan destinasi impian anda sama ada di dalam mahupun di luar negara. Harga penerbangan serendah RM40.00 bagi destinasi domestik dan serendah RM100.00 ke destinasi antarabangsa.
Manakala penerbangan ke Ho Chi Minh City, Jakarta, Bangkok, Shanghai dan banyak lagi tempat menarik adalah serendah RM39.00. Eh betul ke ni? Betullah.
2. Hotel Deals
Lebih 100 buah hotel ditawarkan bagi memastikan urusan anda berjalan dengan lancar untuk destinasi ke seluruh Asia Tenggara bagi memastikan anda mendapat penginapan yang terbaik untuk ke destinasi setererusnya.
Eh ada promosi sehingga 79% biar betul ni. Eh memang betul. Untuk mendapatkan lebih penjimatan lagi anda boleh menggunakkan kod kupon GOHOTELS sah sehingga 26 Mac 2017
Hotel-hotel yang menjadi rakan kongsi telah dipilih dengan teliti bagi memenuhi pelbagai jenis tujuan perjalanan sama ada membeli belah, lawatan dan sebagainya supaya anda mempunyai penginapan yang terbaik untuk percutian anda.
Tunggu apa lagi tempah segera di SINI sebelum 31 Mac ni dan selamat bercuti
1 Comments
Jommmm kita book tiket flight sekarang! nak bercuti bersama traveloka lah hehe.
ReplyDelete