Bila cakap pasai kerja semua orang mengeluh. Stress dengan kerja yang tak pernah habis. Dah la stress dengan kerja yang menimbun ditambah pula dengan perangai bos yang tak berapa best asyik nak mengarah je mentang-mentang la bos. Rakan sekerja pulak ada yang tak nak bagi kerjasama macam manala tak stress.
Setiap bos mempunyai sifat yang berbeza. Ada bos yang baik hati, sering menjaga kebajikan pekerjanya tapi ada juga bos yang memandang rendah akan kebolehan pekerjanya sehingga ada je yang tak kena di matanya. Oleh sebab itu, ada yang makan hati. Dalam sedar tak sedar sebenarnya bos kita tak suka kita. Nak tau apa punca bos jadi macam tu.
Komunikasi tak sehala
Kita tak pernah tahu isi hati orang lain. Begitu juga dengan bos kita. Mungkin apa yang dilakukan oleh bos adalah yang terbaik bagi pandangannya tambahan pula kurangnya komunikasi antara bos dan anda sehingga berlakunya ketidaksefahaman antara anda dan bos anda. Apabila perkara sedemikian berlaku, cuba cari penyelesaian bagi masalah ini supaya tidak berlarutan sehingga memberi kesan kepada pekerjaan anda. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada berjumpa atau menjauhkan diri daripada bos anda kerana ini akan merumitkan lagi keadaan dan masalah tak akan selesai.
Fahami keutamaan
Bos bukan sahaja perlu memberi keutamaan kepada kita sahaja malah bos juga perlu beri perhatian kepada perkara yang lain. Tidak semestinya apabila bos kurang memberi perhatian kepada anda bermakna bos tidak suka. Mungkin pada pemahamannya anda telah melakukan kerja dengan bagus dan tidak perlu dipantau dengan lebih kerap. Berfikir secara positif dan fokuskan kepada tugas anda.
Asyik Mencari Kesalahan
Ada je yang tak kena dipandangan matanya. Buat itu salah, buat ini pun salah. Semuanya salah. Jika situasi ini sentiasa berterusan memang pening kepala. Apabila perkara ini terjadi cuba bersemuka dengan bos anda untuk mencari jalan penyelesaian elakkan pertengkaran sebaliknya minta pendapat ataupun pandangan untuk perbaiki kesilapan diri.
Tiada penghargaan
Apabila kerja yang kita buat tidak mendapat penghargaan daripada bos memang semangat akan down. Janganlah berterusan begitu. Anggap sahaja rezeki anda belum tiba. Janganlah mudah putus asa. Seharusnya kita perlu lebihkan usaha supaya apa yang kita inginkan akan tercapai.
4 Comments
Boss oh boss
ReplyDeletetau x pe. ..mana ada boss baik skrg. .suma jenis mkn org punyer. ..
ReplyDeleteHehehe kebanyakannya camtu le.. tp dalam ramai2 mesti ada jugak yg baik tu..
ReplyDeleteHmmm... Dah pernah rasa! Tapi bukan daripada pihak bos, tapi colleague. Almaklumlah, masatu trainee aje. 😶
ReplyDelete