Review ~ Mr London Ms Langkawi| Kali ni kinah nak review sebuah novel karya Herna Diana terbitan Alaf 21. Novel ni dah lama ada dipasaran cuma baru sekarang kinah ada kesempatan nak membacanya.
Review ~ Mr London Ms Langkawi
Novel ni mengisahkan Aidid Mukhlis yang berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Sejak dari kecil lagi Aidid dan keluarga menetap di luar negara sehinggakan jiwanya dan rasa cinta pada kampung halaman hilang. Setelah didesak oleh ayah dan mamanya, Aidid terpaksa pulang ke Langkawi kampung halaman ayahnya.
Nurul Liyana aka Nana merupakan gadis biasa yang hanya mempunyai kelulusan SPM saja. Walaupun Nana ni dikategorikan pelajar bukan cemerlang tapi jiwanya besar. Semangat cinta akan tanah air cukup menebal.
Nana dibesarkan oleh Tok dan Tokwannya setelah ibu bapanya meninggal dunia. Dengan mereka berdualah tempat Nana menumpang kasih. Hendak dijadikan cerita, Nana diminta oleh Tokwannya untuk menjemput abang sepupunya, Aidid Mukhlis di lapangan terbang. Dari situlah kisah mereka bermula. Apabila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Ada je yang tak kena. Seorang serius yang seorang lagi, nakalnya Nauzubillah.
Apabila Mr London dan Ms Langkawi ni asyik bertekak, lama-lama menjadi serasi. Hubungan mereka kembali dingin apabila keluarga mereka ingin menyatukan pasangan tak sebulu ni. Akhirnya mereka akur dengan kehendak keluarga. Apabila baru mengecapi kebahagiaan Aidid ditimpa kemalangan. Kemalangan yang menimpa Aidid dikatakan sial daripada Nana. Kehadiran bapa saudaranya, Azam dan makciknya Salbiah serta sepupunya, Adira telah meracuni fikiran ibu mertua Nana, Puan Mariam. Puan Mariam pula termakan dengan hasutan keluarga Azam dan meminta Nana supaya meninggalkan Aidid kerana tidak mahu sial Nana melekat pada Aidid.
Nana terpaksa meninggalkan suaminya tanpa kerelaan hati. Berjayakah Aidid mencari isterinya? Apakah yang akan terjadi kepada keluarga Azam? Apakah sebenarnya kisah silam Nana? Semuanya terjawab dalam Mr London Ms Langkawi.

5 Comments
Best citer dia.. Watak Nana tu kuat sangat.. Memang best.. lawak dan sedih..
ReplyDeleteNanti nak try cari la novel ni.
ReplyDeleteThank for the review..
I am newbie..
Boleh juga follow my blog ok..tq
http://www.sinashaari.com/2017/04/aktiviti-yang-boleh-tingkatkan-fine.html
eee rasa geram pula dgn sinopsis dia =.=
ReplyDeletenovel ni dah diadaptasi jd drama kan?
ReplyDeleteMacam dalam drama je ni bila baca sinopsis ni.
ReplyDelete