Jangan Usik Wajah Sendiri

Jerawat merupakan penyakit kulit dan tidak akan disenangi dengan kehadirannya. Jerawat merupakan musuh utama bagi remaja kerana bagi mereka akan mencacatkan pandangan dan hilang keyakinan diri. Pelbagai usaha seperti ubat dan mengamalkan petua namun satu pun tidak berkesan. Namun begitu, ada sesuatu perkara  yang perlu dilakukan untuk mencegah jerawat ni berulang dengan mengelakkan tangan daripada menyentuh muka.

BUAT KAJIAN
Bila ada masa terluang, cuba buat research serba sedikit mengenai jerawat. Kebanyakan penyakit kulit tidak meninggalkan sebarang parut jika tidak disentuh. Malah parut akan mula timbul apabila tindakan anda memicit jerawat di muka. Lihatlah gambar di bawah akibat suka memicit jerawat.
Sumber daripada mynewsvibes

KENALPASTI TABIAT YANG DILAKUKAN
Mungkin anda seorang tidak sengaja memicit jerawat di muka apabila sedang menonton televisyen, bermain komputer ataupun ketika sedang membaca buku. Sedarkah anda tabiat ini adalah berbahaya kerana perbuatan itu dilakukan tanpa kita sedari.
Perasan tak bila kita melihat cermin dan secara langsung kita akan mengambil masa merenung muka dan mula memicit jerawat dan ada satu lagi tabiat tanpa kita sedari suka memegang jerawat yang ada ketika sedang menunggu bas atau lampu isyarat.

TENTUKAN KAEDAH YANG BETUL
Sekarang kita dah tahu apakah tabiat memicit jerawat yang kerap dilakukan. Langkah seterusnya ialah dengan membiarkan tangan sibuk membuat sesuatu seperti memasak, pasang video semasa di dalam bas, dan buat urutan pada tangan semasa menonton televisyen.
Buat nota peringatan dan lekat di tempat yang biasa kita nampak seperti di cermin, alat kawalan jauh dan sebagainya.

PASTIKAN KUKU SENTIASA BERSIH
Ramai di antara kita yang mengabaikan kebersihan kuku. Oleh itu, pastikan kuku sentiasa dipotong pendek. Kebersihan adalah penting dan semua orang tahu tangan dan kuku merupakan tempat bakteria berada. Pastikan anda sentiasa membasuh tangan sebelum dan selepas melakukan aktiviti di dalan dan di luar rumah. Ramai orang memandang remeh akan perkara ini. 

MINUM AIR SECUKUPNYA
Pada masa yang sama, amalkan minum air dengan secukupnya kerana air dapat membantu menyahtoksin yang terdapat dalam badan kita dengan lebih cepat dan berkesan. Selain itu, masukkan senaman sebagai agenda utama harian supaya lebih sibuk dengan aktiviti yang bukan sahaja menyihatkan malah secara tak langsung dapat menyerlahkan lagi kecantikan anda.




Post a Comment

1 Comments

  1. aida setuju bab minum air yg byk tu, kinah. u r right.
    pe pun suplemen, mesti dia nasihatkan agar num air byk.

    ReplyDelete