Kes Kanak-Kanak Melecur di Hari Raya

Keratan akhbar Metro 1Julai 2017
Allahuakhbar... Speechless bila terbaca keratan akhbar ni. Bila beraya macam-macam dugaan dan ujian yang Allah beri pada hambaNya semoga keluarga anak ini tabah menghadapinya.

Seriau bila dengar kes anak terkena minyak panas, air panas ni. Tambah risau bila anak kecik kita dah mula berjalan mula lah dia nak meneroka setiap ruang termasuklah dapur. Macam Thahirah dia memang suka ke dapur tambah bila balik rumah opahnya lagi la dia suka sebab tak berpagar. 

Sejak dia dah pandai berjalan ni, kitorang mulalah susah hati takut dia terlepas ke dapur masa tengah memasak. Jadi solution nya kitorang pun melilau mencari baby safety gate nak diletakkan antara ruang tamu nak ke dapur. Sejak dah berpagar ni dia main pun sampai situ je la. Dia melalak ke ape biarlah dia kat situ jangan kita pulak yang melalak nanti. 

Kepada ibu bapa diluar sana yang anaknya sudah mula nak berjalan cuba usahakan buat halangan ke berpagar ke. Bukan apa untuk keselamatan anak awak juga. Jangan menyesal di kemudian hari.

Post a Comment

0 Comments