Pengalaman Shopping Di Lazada


Hari ni kinah nak kongsi sedikit pengalaman shopping di Lazada. Cerita ni kalau nak diikutkan dah basi sebabnya kinah shopping masa bulan puasa. Asyik postpone je, jadi kinah decide untuk dipublishkan pada hari ni.

Bila suami kata nak beli ape, belilah. Biar betul dia ni. Bila mengiyakan, kinah terus bukak website Lazada. Rambang mata oo. Tambahan pula masa tu Lazada tengah buat kempen Marhaban Ya Ramadhan, tengah sale sehingga 90% jadi grab cepat sebelum terlambat hehe. 

Sebenarnya, kami nak cari cadar. Dah puas merata mencari cadar di sana sini tapi satu pun takde yang berkenan. Tu yang mencari kat Lazada tu. Cari punya cari dari satu page ke page yang lain berkenan pulak dengan yang satu ni.
Berminat?? Klik je pada gambar ni
Entah macam mana la terjatuh hati yang ni huhu. Saja nak mencari kelainan. Asyik bunga-bunga je kan. Bila tanya pendapat suami ok ke? Dia 100% serahkan pada kinah. Apa yang kinah pilih dia ok je. Bila dah cakap macam tu, apa lagi buat payment. Cadar ni murah je RM38.00 masa beli tu. Murahkan, untuk pengetahuan semua cadar ni tak termasuk dengan comforter tau. Kalau nak comforter harga lain la. Tak tau la sekarang harganya berapa. Kinah pakai payment by online. Senang tak payah nak keluar ke mana-mana bank hehe.

Kinah order hari sabtu malam. Sampai hari Isnin. Cepat gilos sampai.


Sebelum tu ada dapat mesej daripada Lazada katanya dah Shipment tak sangka pulak dah sampai depan pintu hehe. Nasib ada kat rumah masa tu. Memang terbaik la servis Lazada ni. Tunggu apa lagi jom kita shopping di Lazada. Apa yang pasti harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding di pasaran. Ok la setakat tu je la kinah nak share. Nantikan apa yang kinah beli guna baucer dari Lazada tu nanti tau.

Post a Comment

4 Comments

  1. wow.. cantik juga cadar tu

    ReplyDelete
  2. aida byk dah melabur dgn lazada ni,kinah.
    now dah malas nak buka lazada, serrrrrraaammmm.
    mesti terbeli! :) ha ha ha

    ReplyDelete
  3. Wahh.. kalau sy disuruh beli apa saja, 1 barang tak cukup hahaha xD

    ReplyDelete