Review ~ Novel Dia Lelaki Paling Ohsem

Review Novel Dia Lelaki Paling Ohsem!| Alhamdulillah akhirnya habis juga novel ni. Kinah mula baca novel ni sebelum puasa lagi akhirnya di penghujung raya baru habis. Feww payah benor nak habiskan. Lagipun novel ni agak tebal juga ditambah pula dengan kekangan masa. Ok lah jom kita review novel ni.

Kehidupan Sofia Maisara berubah apabila ayah dan ibunya meninggal dunia dalam kebakaran. Selepas pemergian kedua orang tuanya, Sofia Maisara tinggal bersama keluarga angkatnya. Kanak-kanak seusia dengannya sibuk bermain, tapi Sofia Maisara pula terpaksa bekerja. Apabila dewasa, Sofia Maisara bekerja sebagai 'Personal Assistant' kepada Tuan Ezmair seorang bos yang agak garang. PA bertukar bersilih ganti hanya Sofia Maisara yang kebal dengan amarah Tuan Ezmair akibat sudah biasa dimarahi oleh ibu angkatnya, Mak Limah.

Berbeza pula kehidupan Tuan Ezmair, berdendam dengan ayahnya. Baginya, ayahnya menyebabkan kematian ibunya. Walaupun tinggal bersama ibu tirinya, namun ibu tirinya telah menganggap Tuan Ezmair seperti anaknya sendiri. Tuan Ezmair mempunyai seorang abang, Tuan Eidlan. Perwatakan mereka sangat berbeza. Disebabkan itu, ayahnya Tuan Ehsan lebih mempercayai Tuan Eidlan berbanding dengan Tuan Ezmair.

Lara Rania merupakan kenalan dari kecil Tuan Ezmair dan Tuan Eidlan. Lara Rania mempunyai perasaan terhadap Tuan Eidlan tetapi ditolak mentah-mentah oleh Tuan Eidlan kerana hatinya masih sayang kepada bekas tunangnya, Maya. Bagi mengubati kekecewaannya, Lara Rania telah menerima lamaran Tuan Ezmair.

Beberapa hari sebelum penikahan, Lara Rania bertindak memutuskan pertunangannya dengan Tuan Ezmair. Baginya dia tidak yakin dan tidak bersedia. Disebabkan itu, Tuan Ezmair melamar Sofia Maisara sebagai gantinya. Kehidupan mereka sangat bahagia. Namun begitu, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila mereka diuji.

Lara Rania begitu cemburu dengan kebahagiaan Tuan Ezmair sehingga sanggup bersekongkol dengan seseorang yang pernah dihina oleh Tuan Ezmair sewaktu zaman persekolahan. Kemunculannya kali ini untuk membalas dendam atas apa yang telah dilakukan oleh Tuan Ezmair.

Bagaimana kesudahan cinta Tuan Ezmair dan Sofia Maisara? Berjayakah rancangan Lara Rania dan Rosy untuk memusnahkan perkahwinan Tuan Ezmair dan Sofia Maisara? Kena la baca dulu novel ni.

Dah baca kan sinopsis di atas, ini review daripada kinah sendiri tau. Sejujurnya novel ni kinah nak bagi 5 bintang. Yeayyy. Sebabnya jalan cerita dia sangat menarik, pengolahan cerita tu sangat teratur dan membuatkan pembaca tak sabar nak tahu apa akan jadi seterusnya. So, tunggu apa lagi cepat dapatkannya di kedai ye.

P/s: Banyak lagi novel akan kinah review. Tunggu tau


Post a Comment

0 Comments