Mengapa Wanita Perlu Menjalani Pap Smear

Baru-baru ni kinah bawak Marzaqah Thahirah untuk pemeriksaan berkala di Klinik Ibu dan Anak. Soalan biasa yang nurse akan tanya haa Sakinah awak dah buat Pap Smear? Kinah kata la dah buat tahun lepas. Kiranya bulan ni genap setahun. Elok sanfat la tu. Awak buat ye jap lagi. Kinah pun iyalan jela. Seseudah je pemeriksaan Thahirah dengan pantasnya haa jom kita buat. Nak tak nak kena buat la. Huhu

Apa itu Pap Smear?

Gambaran sebenar semasa Pap Smear dijalankan
Pap Smear, sebut pasai Pap Smear semua orang tahu apa itu Pap Smear. Tapi adakah kita menjalani pemeriksaan Pap Smear? Ada yang buat ada juga sebaliknya. Hari ni kinah nak berkongsi sedikit mengenai Pap Smear. Pap Smear dijalankan bagi mengesan sebarang perubahan pada sel serviks pada peringkat awal sebelum merebak menjadi kanser. Memang kita akan rasa tidak selesa bila kita terpaksa menunjukkan alat sulit kita kepada doktor dan jururawat. Letak tepi rasa malu tu. Sekurangnya jika ada sebarang perubahan di servik kita, doktor dapat mengesan lebih awal dan membuat rawatan mengikut tahap keadaan serviks kita. Kebiasaannya, kanser ini dikesan setelah berada di tahap empat. Sebab itu perlunya lakukan pap smear ini secara berkala. Lagipun prosedurnya tidaklah mengerikan seperti yang korang fikirkan dan yang penting tak sakit.

Siapa perlu menjalani pemeriksaan Pap Smear? 
Mereka yang berumur 26 tahun ke atas, telah berkahwin dan aktif mengadakan hubungan seks perlu menjalani pemeriksaan ini.

Sebab perlu menjalani pemeriksaan pap smear

  1. Dapat mengenal pasti ketumbuhan pada peringkat awal.
  2. Prosedurnya hanya sekejap sahaja.
  3. Tidak menyakitkan.
Di mana boleh jalani pemeriksaan pap smear
Hampir semua klinik di seluruh Malaysia, hospital swasta, hospital kerajaan dan termasuklah klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara).

Post a Comment

7 Comments

  1. Memang elok buat selalu untuk cek kesihatan

    sekarang ni ramai orang tak sihat sebab gaya hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak maz. pemakanan pun mempengaruhi juga

      Delete
  2. Sha baru buat aritu.. Tengah tgu result je nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala kita kak sha. mungkin bulan 1 nanti baru dapat result

      Delete
  3. Penting juga kan pemeriksaan kesihatan macam ni...Tapi saya belum kahwin, tak payah buat lagi, kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. penting mai.. nanti akan sampai masa nanti mai kena buat tau

      Delete
  4. penting.
    cegah sebelum parah, kan :)

    ReplyDelete