zalora.com.my |
Bila dapat je baucer tu, kinah terus bukak website Zalora. Nampak sangat gelojohkan haha. Bukannya apa, kinah ni pelupa nanti expired baucer tu kan dah rugi. Jadi sebelum lupa baik kita habiskan. Herher. Walaupun takda la banyak eh ok la. Sapa nak bagi weh. Korang nak tau bila bukak je Zalora aduh dah pening, nak pilih yang mana ek. Hmm antara kasut dengan beg. Antara dua tu la sampai fening kepala mak. Nak dipendekkan cerita kinah decide ambik beg. Beg Doraemon kinah tu merata kinah angkut. Pergi pasar, pergi Tesco, pergi orang kawin lagi la. Jadi kena buat pengasingan beg pergi kenduri dengan pasar haha. Ehh kebetulan pulak hujung bulan ni ada dua kenduri kawin. Bolehla melaram nanti.
Ok lah kita balik cerita pasai website Zalora tu, kinah decide ambil jenama Zalora je. Jenama mahai tak mampu den hihi. Servis Zalora memang tip top apa yang best, baucer tu termasuk sekali dengan kos penghantaran. Satu sen pun kinah tak bayar tau. Kinah order hari Isnin petang, Selasa malam dapat email barang dah on the way dan dihantar oleh Ninja Van. Kiranya hari ni la kinah dapat barang ni. Haa cepatkan. Jadi jangan ragu-ragu nak shopping dengan Zalora ye. Moga lepas ni bolehla kita koloborasi lagi.
Mesti korang nak tau beg apa kinah beli. Hehe rahsia yer. Dah dapat nanti kinah buat entri lain pulak.
Mesti korang nak tau beg apa kinah beli. Hehe rahsia yer. Dah dapat nanti kinah buat entri lain pulak.
4 Comments
best juga shopping di zalora ni.
ReplyDeleteMemang best. Rambang mata saya kak azi
Deleterambang mata nak pilih.. cik ash baru lepas shopping zalora jugak aritu guna voucher tu
ReplyDeleteMurah rezeki kinah. Tak sabar nak tengok kinah beli apa
ReplyDelete