Shampoo Smriti Change Penyelesaian Masalah Rambut Gugur

Shampoo Smriti Change Penyelesaian Masalah Rambut Gugur| Sebenarnya dah lama kinah nak review mengenai shampoo ni. Asyik bertangguh aje. Ni ha baru ada masa. Takpe pelan-pelan kita kayuh. Ok la sebenarnya sampel shampoo Smriti Change ni dapat sempena memenangi satu giveaway yang dianjurkan oleh seorang blogger. Saja je nak mencuba nasib lagipun masa kinah join tu lagj beberapa minit dah nak close. Gigih buat syarat dengan jujur alhamdulillah menang. 

Comelkan packaging dia. Bunga-bunga lagi
Di dalamnya ada dua item tau. Satu shampoo dan satu lagi conditioner. Untuk pengetahuan semua, kinah ni ada satu masalah iaitu rambut gugur. Rambut gugur makin teruk lepas bersalin dulu sampai la sekarang. Dah macam-macam shampoo kinah guna tapi langsung tak ada perubahan. Sampai la kinah guna Smriti Change ni. Masa mula-mula basuh tu memang banyak yang gugur. Lepas sapu dengan conditioner semua dan lepas mencuba beberapa hari kinah tengok banyak perubahannya. Rambut gugur pun dah makin berkurangan. Nak kata langsung tak gugur tu nampak benor menipunya haha. Ada tu ada tapi tak banyak macam sebelum ni. Rambut mudah diurus dan lembut je.

InsyaAllah dengan penggunaan secara konsisten dan teratur mungkin masalah ni dapat diatasi. Oh ye lupa nak bagitau bau dia best sangat. Haruman bunga, rasa segar sangat. Wangi je rambut ni tau.

Shampoo dan conditioner
Antara testimoni yang berpuas hati dengam Smriti Change ni




Untuk maklumat lebih lanjut 

Post a Comment

1 Comments

  1. Selamat pagi kina

    Pakai syampoo ni memang kena tengok serasi

    Kat rumah tu pakai syampoo yang sama je

    ReplyDelete