Ni la rupa Victoria Bridge. Gambar ni kinah pinjam dari sini |
Ok berbalik pula pada cerita tadi, mesti korang tertanya-tanya apa tempat menarik di pekan Karai tu. Haa kalau nak tahu nama tempat tu ialah Victoria Bridge. Victoria Bridge ni merupakan sebuah jambatan kereta api lama yang telah dibina semasa pemerintahan Sultan Idris tau. Victoria Bridge ni merupakan satu warisan sejarah yang terdapat di Pekan Karai tau. Namun begitu, jambatan ini sekarang tak digunakan lagi atas faktor keselamatan. Namun begitu, ada sebuah laluan kecil di tepi landasan tu. Laluan tersebut masih digunakan oleh penduduk setempat sebagai jalan pintas untuk menyeberangi sungai.
Nama Victoria Bridge ni diambil bersempena nama Ratu Victoria di mana ketika itu adalah zaman pemerintahannya. Curious nak tahu pasai jambatan ni kinah pun google la story mengenai Victoria Bridge ni. Rupanya jambatan ni merupakan jambatan kereta api yang tertua di Malaysia dulu orang panggil Malaya atau pun Tanah Melayu.
Untuk pengetahuan semua pembaca, jambatan bersejarah ini dibina merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar DiRaja Kuala Kangsar. Jambatan ini mula digunakan sejak tahun 1900 lagi di mana pada waktu itu perlombongan biji timah giat dijalankan sehinggalah diberhentikan pada tahun 2003 setelah landasan baru telah siap dibina.
Jadi, pada yang nak buat photoshoot ke ape bolehla buat kat sini. Jangan risau takde dah kereta api yang lalu hehe.
Jadi, pada yang nak buat photoshoot ke ape bolehla buat kat sini. Jangan risau takde dah kereta api yang lalu hehe.
3 Comments
Terima kasih sebab sudi tinggalkan link blog dekat Fb Uyul untuk diletakkan dalam bloglist pada bulan lepas. :)
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Sama-sama uyul. Terima kasih juga masukkan kinah dalam bloglist uyul
Delete2x dah pergi...tapi sekali je naik. sekali lagi dah maghrib tak elokla pulak ada anak kecik.
ReplyDelete