7 Rahsia Pisang Yang Kita Tidak Ketahui| Hari ni kinah nak cerita tentang pisang. Siapa suka makan pisang? Kalau korang nak tahu sebenarnya banyak lagi khasiat pisang selain membantu kita melawas pembuangan dan beri tenaga. Perasan kan atlet selalu makan pisang semasa mereka berehat, jadi sudah tentu pisang mempunyai khasiat tertentu yang kita semua tidak tahu.
Berperanan Sebagai Pelawas
Korang masalah sukar membuang air besar? Ataupun dengan bahasa lebih mudah, sembelit. Jika ye, lepas ni korang kena amalkan makan pisang. Kenapa pisang? Kalau korang nak tahu, pisang sebenarnya mengandungi serat yang mudah larut dan dapat membantu usus kita berfungsi dengan lebih baik serta mengatasi masalah sembelit.
Membekalkan Tenaga
Para atlet kebiasaannya, apabila mereka menghadapi perlawanan, akan makan pisang sahaja terutama pada waktu rehat. Pisang sebenarnya berperanan membekalkan karbohidrat yang diperlukan bagi menggantikan glycogen (gula untuk otot) yang digunakan dalam aktiviti fizikal. Terjawab sudah mengapa atlet makan pisang semasa rehat.
Membantu Penghidap Anemia
Jika korang merupakan penghidap Anemia atau kurang darah, boleh amalkan pisang ni. Zat besi yang terdapat dalam pisang ini mampu merangsang penghasilan hemoglobin dalam darah.
Mampu Mengurangkan Ketagihan Nikotin
Vitamin B dan mineral lain yang ada pada pisang mampu mengurangkan kesan ketagihan nikotin secara fizikal dan psikologikal. Jadi, kepada perokok yang mempunyai impian untuk berhenti merokok, cuba amalkan makan pisang ni, manalah tahu dapat membantu.
Memberi Rasa Gembira Kepada Pengamalnya
Siapa sangka rupanya pisang boleh buat kita rasa gembira. Untuk pengetahuan semua, pisang mengeluarkan tryptophan iaitu sejenis bahan yang mampu memberi kesan kepada mood seseorang. Tryptophan akan berubah mejadi serotonin dalam otak yang mampu mepertingkatkan mood dan membuat kita rasa gembira.
Mampu Mengawal Tahap Glukos Dalam Darah
Pisang juga turut mengandungi vitamin B6 yang mana mampu mengawal tahap glukos dalam darah. dan mampu mengawal mood. Walaubagaimanpun bagi penghidap diabetis, diminta untuk mendapatkan nasihat daripada doktor dulu ye.
Mengekalkan Degupan Jantung dan Mengimbangi Air Dalam Badan
Pisang sebenarnya membantu sistem aliran dalam tubuh yang menghantar oksigen ke otak, mengekalkan degupan jantung dan juga mengimbangi air dalam badan. Disamping itu, untuk pengetahuan semua, pisang juga baik untuk otak dan membantu pelajar lebih cerdas.
10 Comments
Bagus tips kinah ni
ReplyDeleteada lagi khasiat pisang ni
Anti radang, kalau pembedahan dan nak elak bengkak makan lah pisang
Tahan sakit pun ya
Selain tu kalau kita merancang mengandung, nak bagi mood positif makan lah pisang
Lepas tu bila dah berjaya hamil
makan pisang ni akan bantu elakkan morning sickness melampau tau kinah
sebab vitamin b6 yang ada dalam pisang bantu kawal rasa loya tu
Orang yang ada asma pun elok makan pisang untuk kurangkan alah tu
Selamat makan pisang
Monyet makan pisang jadi happy go lucjy kan kinah. Salah vitamin 6 overdose agaknya
Hehe
Waa banyak lagi rahsia pisang ni. Terima kasih atas infonya ibu
DeleteAda satu masa dulu.. ai gila makan pisang.. siang malam pagi petang makan pisang.. dari situ lah ai tahu pisang bagus sebagai pelawas..
ReplyDeleteBagus tu ai. Teruskan tau
DeleteSaya memang suka sangat makan pisang.. Btw saya nak bagitahu kat awak yang awak adalah pemenang bagi top commentor dalam jurnal saya.. Sila ke entri jurnal saya untuk selanjutnya..
ReplyDeletehttp://starlavenderluna.blogspot.my/2017/09/top-commentor-ogos-september-2017.html
Tahniah yea sis...
Wow kak shikin. Baguskan makan pisang ni. Ehh yeke? Terima kasih kak shikin. Nanti kinah ke blog untuk baca detail
DeleteHehe kan. Lepasni rajin-rajinkan diri makan pisang ye
ReplyDeleteSehari sebiji boleh mencegar kanser payudara juga.. bagusnya, banyaknya khasiat utk kita.
ReplyDeleteKami sekeluarga suka makan pisang.. hehehe..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian berkaitan pisang
ReplyDelete| helloaiman |