Mandi Secara Songsang Dapat Elakkan Stroke

Mandi secara songsang dapat mengelakkan salur darah pecah. Perkara ini yang kerap berlaku di bilik mandi

Mandi Secara Songsang Dapat Elakkan Stroke| Sambil blogwalking tadi, terima whatsapp group blok rumah mengenai satu perkongsian yang bagi kinah bagus untuk semua tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Pernah dengar bila ada pengsan dalam bilik mandi, mereka sebenarnya bukan nampak hantu ye. Ada sebab kenapa jadi macam tu. Tak nak perkara ni terjadi, cuba amalkan mandi secara songsang. Haa macam mana tu? 

Ada seorang penceramah bergelar Professor di UITM yang juga terlibat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) menasihatkan supaya semasa kita mandi, cuba jangan amalkan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan terlebih dahulu. Kenapa tak boleh basahkan kepala dulu? Sebabnya apabila kepala kita basah dan sejuk, darah akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala, jika ada saluran darah yang sempit mungkin akan mengakibatkan salur darah pecah. Perkara ini yang kerap berlaku di bilik mandi. Seeloknya cuba amalkan mandi seperti ni

  1. Mulakan siraman segayung di telapak kaki
  2. Segayung di betis
  3. segayung di peha
  4. Segayung di perut
  5. Segayung di bahu
  6. Berhenti sejenak dalam 5 hingga 10 saat
Selepas berhenti sejenak tadi, kita dapat merasakan seperti wap atau angin yang keluar dari ubun-ubun. Selepas itu, mandilah seperti biasa. Ada hikmahnya disarankan seperti itu. Sebagai contoh, gelas yang diisi dengan air panas kemudian kita isi pula dengan air sejuk. Apa yang terjadi? Gelas akan retak tau. 

Jika tubuh kita, apa pula yang retak akibat kesan tadi? Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi secara langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang sepatutnya keluar akan terperangkap dan secara tak langsung boleh membawa maut kerana pembuluh darah pecah. Jadi, sebab itu kita selalu dengar orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena stroke. Cara mandi ini baik untuk semua peringkat umur terutama bagi mereka yang menghidap diabetis, darah tinggi, kolestrol tinggi dan migrain.

Semoga perkongsian ini, memberi manfaat untuk semua.

Post a Comment

5 Comments

  1. Good sharing. Nanti boleh amalkan...

    ReplyDelete
  2. First time dengar istilah mandi secara songsang ni. Tapi, biasanya memang akan siram dari kaki kalau mandi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang dah buat macam ni cuma istilahnya tak tahu.

      Delete
  3. Hahahah ni mesti selalu buat ni kan

    ReplyDelete