Rangsang Minda Anak Tanpa Bantuan Gajet| Pendedahan gajet kepada kanak-kanak akan memberi kesan negatif kepada mereka. Salah satu diantaranya ialah kanak-kanak akan menjadi antisosial. Ok ibu dan ayah melakukan aktiviti dengan si anak dan apabila kita bergerak hendak melakukan tugasan lain, si anak mula menangis dan hal ini tentu memeningkan ibu bapa tersebut. Jadi, bagi meredakan keadaan itu, gajet diberikan dan si anak leka menonton dan si ibu dapat melakukan aktiviti lain seperti mengemas rumah dan memasak.
Proses bermain sendiri merupakan elemen penting dalam perkembangan kanak-kanak. Menurut ahli psikologi, Dr Kathy Hirsh-Pasek, bermain sendiri dapat membina keyakinan diri, memupuk kreativiti dan menggalakkan pemikiran kritis anak-anak, terutamanya anak kecil. Apabila si anak boleh bermain sendiri, si anak tidak akan merasa bosan apabila ditinggalkan sendirian malah daripada situ, si anak akan mula bijak meneroka keadaan sekeliling dan mempelajari pelbagai perkara melaluinya. Jadi, kinah nak kongsikan beberapa cara yang boleh dilakukan sebagai aktiviti untuk anak-anak kita tanpa bantuan gajet. Biarkan mereka meneroka.
MULAKAN SEJAK AWAL
Anda boleh melatih anak anda bermain sendiri sejak di awal usianya. Hal ini kerana anak kecil akan merasa hairan dan kagum dengan keadaan sekeliling mereka. Sebagai contoh, cuba mulakan dengan menunjukkan beberapa buah mainan dan cara bermain permainan tersebut. Kemudian, biar mereka mencuba dan anda perhatikan dan memberi sokongan kepadanya. Setelah beberapa kali, anda boleh memantau aktivitnya dari jauh manakala anak anda pula sibuk meneroka dengan aktivitinya itu.
BIARKAN MEREKA MENEROKA
Jika anda melihat anak anda bermain sesuatu mainan dengan cara berlainan, biarkan mereka. Sebagai contoh, anak anda bermain dengan telefon mainannya sebagai kereta, biarkan sahaja dan anda tidak perlu membetulkan caranya. Jika anda dapati cara mereka bermain dalam keadaan berbahaya, barulah anda melarang perbuatan tersebut. Hal ini kerana anak anda perlu dibenarkan untuk bermain dengan caranya tersendiri. Memang nampak pelik, tapi kita sebagai ibu bapa sepatutnya berbangga kerana anak kita dapat berfikir luar daripada kotak pemikirannya.
BAGI RESPON TAPI TIDAK PERLU TERLIBAT DENGAN AKTIVITINYA
Ada masa tertentu, si anak akan datang menghampiri kita dan memberikan salah satu mainannya. Jika pada waktu itu anda sibuk, anda tidak perlu turut serta dengan aktivitinya, tapi perlu beri respon kepada mereka dengan cara menatap wajah mereka dan memberi maklum balas secara verbal dan katakan sesuatu kepadanya "Terima kasih sayang" kemudian serah semula mainan itu kepadanya. Dengan cara itu, mereka dapat merasakan ibu mereka ada disampingnya walaupun melakukan aktiviti lain.
CADANGKAN AKTIVITI YANG MUDAH
Tidak dinafikan, adakalanya anak anda akan kebosanan apabila bermain bersendirian. Apabila ini terjadi, mulalah si anak menghampiri kita sedangkan kita pula sibuk menyediakan makanan. Jika perkara seperti ni berlaku, perkara pertama, pastikan keadaan sekeliling kita berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang alat tajam di kawasan sekitar dan kedua berikan mereka peralatan yang selamat digunakan untuk bermain. Kalau kinah, selalu bagi sudu dengan mangkuk plastik aje.
MENYEDIAKAN KAWASAN BERMAIN
Mungkin ada yang mengecam ibu bapa membuat kawasan sekatan berpagar di kawasan tempat anak bermain. Sebenarnya, kawasan seprti ini membantu dalam perkembangan mereka terutamanya memperkembangkan kebolehan bermain sendiri.
SUMBER: PA&MA
12 Comments
Main gajet memang tak bagus
ReplyDeletetahniah kinah sebab bagi anak bereksperimen dengan persekitaran
Kan kak maz. Nanti lama2 jadi habit pulak
Deletebagus ni kinah...anak2 kak lina asyik main gajet je..risau tengok
ReplyDeleteNampaknya kak lina kena buat sesuatu ni.
DeleteWalaupun zaman sekarang moden, Auni setuju jika meransang minda anak-anak dengan permainan je. Gadjet memang tak bagus untuk psikologi kanak-kanak :)
ReplyDeleteZaman kita dulu banyak je mainan yang boleh merangsang minda. Macam congkak, tenteng. Bestnya dapat main tu.
DeleteBudak yang tak biasa main gajet akan lebih kreatif sebab main dengan apa saja yang ada
ReplyDeleteKinah setuju dengan mama
DeleteSebenarnya banyk mainan yg boleh merangsang minda anak anak.gajet tuh tak berapa bagus sebenarnya. Nanti anak anak jd anti sosial pulak kan
ReplyDeleteBetul tu kak mimi. Selain tu kena pantau juga aktiviti anak bila main gajet ni.
DeleteTerima kasih untuk berkongsi ~!
ReplyDeleteAnyway, Assalammualaikum dan haii! :D
Untuk pengetahuan awak, Nisha sudah tag awak untuk satu segmen ya <3
Segmen itu sangat simple dan ada hadiah yang merupakan hadiah misteri serta wang. B)
Jemputlah join yaa bila ada masa nanti ^^
Lagi ramai lagi meriah! hehe :*
http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/09/segmen-paling-mudah-menang-hadiah.html
Gajet memang tak bagus.. Banyak kesan buruk kalau bagi pada usia kanak-kanak..
ReplyDelete