Review ~ Novel Drive Thru Mr. Satay


Review ~ Novel Drive Thru Mr. Satay| Rasanya dah lama kinah tak review novel kan. Biasalah nak baca novel ni malam je yang available. Siang ada orang yang tukang ngocah (kacau). Ok lah kali ni kinah nak review satu novel ni. Novel ni dah lama dah kinah beli. Masa dalam pantang. Thahirah pun dah nak masuk dua tahun dah. Huhu lamanya tersimpan dalam rak. Ok tanpa membuang masa jom kita story sikit cerita ni.

Watak utama dalam cerita ni ialah Tengku Izz Maritza (Reeza) berketurunan kerabat telah diminta berkahwin dengan seorang lelaki pilihan nendanya, Raja Sufiah iaitu Amirul Muiz seorang peniaga sate di pasar malam. Reeza didesak untuk berkahwin dengan Amirul Muiz bagi menutup aib keluarganya apabila Reeza telah ditangkap oleh konco-konco nendanya bersama dengan Danny di sebuah hotel. Danny sebenarnya ada niat tidak baik pada Reeza dan nendanya dapat menghidu niat tidak baik Danny itu.

Reeza dengan berat hati terpaksa memilih berkahwin dengan Amirul Muiz bagi menyelamatkan harta yang ditawarkan oleh nendanya kepada orang tuanya dan seperti dalam perjanjian, harta tersebut akan diserahkan apabila anak sulung mereka dilahirkan. Setelah di satukan sebagai suami isteri, Amirul membawa Reeza pulang ke rumah yang didiaminya selama ni di sebuah kampung. Bermula kisah cinta mereka disini. Kiranya bercinta selepas bernikah la diorang ni.

novel, Drive Thru Mr. Satay

Reeza telah dibesarkan dengan kemewahan apabila ke kampung dia berasa janggal. Namun begitu, lama-kelamaan Reeza semakin selesa tinggal bersama suaminya. Reeza dilayan seperti puteri raja. Segala kerja di rumah, Amirul yang siapkan. Untungnya Reeza, Amirul pula menjadi kegilaan gadis di kampungnya. Semakin lama cinta antara Reeza dan Amirul berputik. Semuanya indah-indah sahaja. Namun begitu, jangan disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.

Hinggalah suatu hari, apabila Amirul telah mengetahui tentang perjanjian yang telah dibuat antara Reeza dan nendanya. Amirul rasa seperti diperbodohkan oleh mereka. Satu persatu rahsia terbongkar apabila siapakah Amirul sebenarnya dengan mereka. Kalau nak tahu apa terjadi seterusnya? Siapakah Amirul dengan mereka kenalah baca.


Post a Comment

10 Comments

  1. Hurrmmm menarik jugak novel ni kinah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak. Santai- santai je. Novel ni pun banyak ceritakan kisah cinta diorang berdua je.

      Delete
  2. Replies
    1. Amirul la aefa hehe. Ala kalo cite tak best la. Aefa kena baca sendiri huhu

      Delete
    2. aik. dari mana dapat nama aiman smlm tu? haaha. tunggu anak buah la bacakan. dia rajin sangat bab2 ni. hihi

      Delete
  3. Menarik nie.. Apa agaknya rahsia antara amirul dan keluarga reeza ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya Amirul tak tahu pun rahsia tu. Bila ada yang bagitau dia mula naik angin. haa kak sha kena baca la seterusnya

      Delete
  4. Alahai, saspennya..
    Siapa Amirul tuuu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi saspen kan.. nak tahu siapa kaklong chan kena la baca

      Delete