vivo V7+| Bagi Mereka yang Inginkan Pengalaman Berswafoto Dengan Lebih Sempurna

vivo V7+ Bagi Mereka yang Inginkan Pengalaman Berswafoto Dengan Lebih Sempurna

|Ada ke yang tengah survey handphone baru tu? Kalau ada nanti, jangan beli lagi. Ada sesuatu yang kinah nak kongsikan pada korang. Kalau nak tahu selanjutnya, sila baca entri ni sampai habis tau.Mesti korang tertanya-tanya apa benda la kinah nak share. Ok lah, sebenarnya kinah nak bagitau pada korang semua, Vivo akan melancarkan satu lagi handphone keluaran Vivo. Sebab tulah kinah kata jangan beli lagi. Manalah tau Vivo V7+ ni akan menjadi pilihan korang. Apa pun baca dulu mengenai Vivo V7+ ni. Beli ke tidak itu cerita kemudian.


Berita baik buat kaki selfie di luar sana, vivo V7+ yang menggunakan tagline Clearer Selfie, Clear Shot dan Clear Moment mungkin menjadi pilihan anda. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna di luar sana, vivo V7+ dikeluarkan supaya pengguna dapat merasakan pengalaman berswafoto atau ber'selfie' dengan lebih sempurna. Buat blogger, kinah rasa wajib ada vivo v7+ ni sebab kita perlu ambil gambar yang cantik-cantik untuk buat review dan bila pergi event. Bestnya vivo V7+ ni. Nampaknya kena grab satu ni.

handphone vivo keluaran terbaru 2017

Spesifikasi vivo V7+




Untuk pengetahuan semua, vivo V7+ boleh didapati di seluruh cawangan SENHENG dan senQ di seluruh Malaysia bermula pada 26 September 2017 sehingga 15 Oktober 2017. Didatangi dengan dua pilihan warna iaitu Emas dan Hitam. Bagi pengguna yang membeli vivo V7+ di SENHENG dan senQ anda juga akan menerima backpack dan baucer watsons bernilai RM10.00. Offer baik punya mesti harga dia mahal. Ehh takla. Harga bagi satu unit vivo V7+ ialah RM1499.00 sahaja. 



Mengapa anda perlu beli di SenHeng atau senQ?
Anda boleh membeli vivo V7+ melalui dua cara iaitu bayaran penuh ataupun ansuran bulanan selama 24 bulan. Penghantaran dilakukan di seluruh Malaysia. Selain itu, anda turut menerima tambahan jaminan selama setahun dan PlusOne Membership.


Pelanggan boleh membuat pilihan sama ada bayaran penuh ataupun secara ansuran. Bagi mereka yang memilih pembayaran secara ansuran, ansuran dikenakan selama 24 bulan melalui bank terpilih iaitu Maybank, AMEX, Public Bank dan juga HSBC. Hanya RM12.00 dikenakan apabila anda menjadi ahli PlusOne Membership dan anda layak menerima jaminan tambahan vivo selama setahun apabila anda membuat pre-order bagi vivo V7+. Bagi ahli yang sedia ada, bagi melayakkan diri anda untuk mendapatkan jaminan tambahan setahun anda apabila buat pre-order hanya perlu log-in di website senheng.com.my dan senq.com.my.

Penghantaran ke pintu rumah disediakan
Bagi mereka yang tidak sempat ke mana-mana cawangan SENHENG dan senQ, penghantaran ke rumah juga turut disediakan. Penghantaran ini juga meliputi Sabah dan Sarawak. Apa yang penting, penghantaran ini adalah PERCUMA ye.

Program Trade in disediakan
Program ini hanya terhad kepada pelanggan yang membuat pembelian di mana-mana cawangan SENHENG sahaja. Pelanggan boleh trade in telefon lama mereka dan layak mendapat rebate bagi telefon yang baru. Untuk dapatkan maklumat terkini mengenai program ini boleh layari laman web ini

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai vivo V7+ 

Post a Comment

9 Comments

  1. Telefon mazni sampai seakarang tak pakai smartphone lagi

    Hehe

    ReplyDelete
  2. Skrg ni abe kie guna vivo v5 aje.

    ReplyDelete
  3. Wahhh bgs nya ada servis trade in =D
    Ju dtg ziarah, bru bkesempatan blogwalking & buka blog ari ni =D

    ReplyDelete
  4. cun betul vivo v7 ni tapi haihhh baru je beli hp baru. Melepassss

    ReplyDelete
  5. Kalau tak salah CCL kamera depan 24mp kan .. kaki-kaki selfie kalau teragak-agak nak beli fon baru boleh cuba vivo ni

    ReplyDelete
  6. Wahhh.. Best ni boleh try trade in

    ReplyDelete