Fakta lazim yang sememangnya diketahui
umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan
badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai
yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk
meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan
menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan
dan alahan.
Ramai wanita termasuklah suri rumah macam kinah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada
persekitaran yang berhawa dingin, akan lebih cenderung mengalami kulit kering.
Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun
memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang
hari.
Losyen
baharu ENCHANTEUR
24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak
lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan
tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya
dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi
yang menyubur dan menghidratkan kulit.
Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak
Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan
kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap
jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar
tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!
Telah terbukti secara klinikal bahawa
hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR
24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan
penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang
selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist
Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa
berminyak dan melekit pada tangan mahupun
badan.
Sebagai pakar dalam produk penjagaan
peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H
Moist Losyen Haruman Badan ini turut
disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan
dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR
24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda
sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan
daya penarik anda.
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring;
memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24
jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.
•Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.
•Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.
ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
•Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.
Kini,
wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan
memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap
botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper,
dan farmasi
Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR,
Facebook www.facebook.com/EnchanteurMY.
7 Comments
Memang best pakai losyen dia nie..
ReplyDeleteKan kak sha. Best sangat bau die. Tak payah dah nak pakai minyak wangi
Deleteakak suka bau losyen kaler pepel...best..
ReplyDeleteKinah pulak suka kaler pink.. hehe
DeleteAssalamualaikum wrmbth. Salam Jumaat sis kin naz
ReplyDeletememang sedap bau ni
pernah pakai dulu
Waalaikumussalam sis mazni. Salam jumaat juga.. kan jatuh cinta pulak dengan losyen ni. Wangi sangat
DeleteSiqah dari dulu sampai sekarang, suka Exhanteur. Paling suka warna ungu. Apa entah nama dia. Lupa. Hehe
ReplyDelete