Tebus Baucer Juice Works di Aeon Klebang| Bulan lepas, kinah ada terima 2 keping baucer Free Heartbeat Juice Works. Bulan ni baru ada kesempatan nak tebus. Nak tebus area Kuala Lumpur macam tak berbaloi je sebab nak cari parking lagi, jalan sesak lagi. Pening huhu. Bila balik kampung baru teringat ehh bukan ke ada kupon. Apa lagi tebus je di Ipoh. Di Ipoh, Juice Works hanya ada di Aeon klebang sahaja. Tempat lain masih belum ada lagi. Mungkin akan datang la kot.
Kalau nak tahu apa itu minuman jus Heartbeat boleh baca di sini.
Bagi yang tak tahu, Juice Works di Aeon Klebang terletak di tingkat 2 berhampiran dengan food court. So lepas ni, bolehlah singgah minum jus dulu. Ada macam-macam jus yang boleh korang cuba. Harganya pun berpatutan.
Juice Works di Aeon klebang |
Pilih jus yang berkenan di hati |
Tengoklah tu ada macam-macam jus ada. Korang pilih je nak yang mana. Oh ye, bagi penggemar jus, korang juga boleh buat member kad tau. Hanya RM12.00 sahaja untuk 2 tahun. Dalam masa yang sama korang juga boleh menikmati jus percuma pada hari lahir. Wahhh best tu.
Jemput minum semua |
Yepii dapat juga minum jus Juice Works ni. Memang sedap. Tunggu apa lagi korang pergilah cuba.
Baca lagi mengenai Juice Works di sini
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Juice Works bolehlah layari di website http://juiceworks.com.my
4 Comments
Wah.. Sedapnya dapat minum air jus nie.. Fresh..
ReplyDeleteMemang sedap kak sha. Tambah sedap air free hehe
DeleteKinah duduk melaka rupanya. Haha. Kampung maznee tu
ReplyDeleteTerima kasih kina
Eh x la kinah duduk kat hulu selangor. Tu klebang perak kak maznie. Ada kinah tulis kat atas tu
Delete