TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender| Masalah rambut nipis dan ruam-ruam, gatal, dan ekzema sering dialami oleh anak kecil kita. Marzaqah Thahirah pulak mengalami masalah rambut nipis sahaja setakat ni. Alhamdulillah selepas diperkenalkan dengan TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender rambutnya dah mula ada perubahan. Baunya pulak harum seharum haruman Lavender. Mmm wangi sangat.
TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender |
TROPIKA Baby Hair & Body Oil Lavender dengan intipati lavender telah dirumus khas untuk digunakan oleh bayi dan kanak-kanak bagi melindungi kulit daripada jangkitan, kerengsaan dan ruam lampin. Diperbuat daripada bahan -bahan natural seperti minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi dan bahan-bahan semulajadi yang lain.
Minyak urut sutera memperbaiki keadaan kulit dengan pelembap, untuk melindungi dan hidrat kulit. Bukan sahaja ia memberi manfaat kepada kulit, ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengurangkan masalah kulit kepala rambut. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan ekzema.
TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender |
Bahan-bahan yang digunakan
Cocos nucifera (Coconut Kernel) Oil, D-mixed tocopherols (Vitamin E), Aroma (Lavender)
Cara Penggunaan
Cara gunanya pun sangat mudah. Hanya sapu di tempat yang mempunyai masalah selepas mandi iaitu 2 kali sehari.
Senyum je dia. |
Setakat ni rambut Thahirah pun dah nampak tebal sikit daripada yang dulu. Selain sapu di rambut, kinah pun sapu di bahagian badan juga. Kulit Thahirah pun lebih lembut dan Thahirah pun lebih mudah tidur daripada dulu yang selalunya pukul 10 malam baru nak tido. Memang puas hati guna Baby oil ni.
Untuk maklumat lanjut
http://www.tropikabeauty.com.my
Fb: Tropika Hq
22 Comments
memang bagus produk ni tau
ReplyDeletebestnya baby oil. mesti bau comel je kan
ReplyDeleteMarzaqah Thahirah bestnya nama baby akak ni apa maksud hehehehe patut dia senyum jer..
ReplyDeleteBagus utk baby sebab lavender sifatnya menenangkan..ni kalau sapu kat org tua pun jadi tenang ni...
ReplyDeleteNama lebih kurang macam nama anak saya Qahirah. Produk tropika memang best.
ReplyDeleteTak ada baby lah nak pakaikan. Kena tunggu cucu lah pulak, bleh bagi gan cucu..:D :D
ReplyDeleteComel je posing si Thahirah tu. Gembira sebab rambut makin lebat ye tak Thahirah
ReplyDeletelavender mmg bagus...salah satu nya baby boleh tdur dengan nyenyak..bukan baby saja..kita pun sama gak...
ReplyDeletecomeynya botol dia...
ReplyDeletebgs ni kena simpan satu dekat umah..
Selamat hari isnin sis
ReplyDeleteSemoga urusan kita minggu ni Allah permudahkan semuanya
Amin
Bagus ada produk untuk anak macam ni
Kita pun lega
Suka bau wangian Lavender, sangat menenangkan. Minyak kelapa memang baik untuk kulit dan rambut.Bagus juga digunakan untuk anak-anak kecil.
ReplyDeleteBagus produk ni. Ramai yang review bagus untuk anak-anak
ReplyDeleteBagus produk ni..Bahan2 yang digunakan pun kita yakin dan selamat untuk digunakan pada kanak-kanak...
ReplyDeleteProduk tropika ni memang dah dikenali dan produk memang bagus dan sesuai untuk kanak2
ReplyDeleteSelalu gunakan produk Tropika terutama yang krim panas untuk kegunaan si anak... sejak dorang kecil lagi.
ReplyDeleteproduk tropika ni memang best..seap je baunya.. sgt sesuai utk kanak-kanak.. eyh orang dewasa pon boleh pakai tau..heheh..
ReplyDeletemacam macam produk untuk anak anak seakrang ni
ReplyDeleteorang dewasa boleh guna tak produk ni ? teringin pulak nak try
ReplyDeleteProduk tempatan pun dah makin banyak dipasaran
ReplyDeleteBoleh pergi luar negara lepas ni
Ok nanti nak try jgak. Boleh untuk lebatkan rambut baby jgak kan? Rambut si adik bongsu ni, alahai, malu2 kucen plak nak keluar haha
ReplyDeletebest produk Tropika. kalau anak-anak buah pakai sedap je bau..
ReplyDeleteSha suka bau dia.. ada juga pakai produk lain dari tropika ini..
ReplyDelete