Padah Memberi Hutang

Padah Memberi Hutang| Hidup dibelenggu dengan hutang sampai bila-bila pun tak akan tenang. Sungguhpun hutang tu tidak dituntut oleh pemberi hutang, si penghutang tetap juga kena bayar hutang tersebut. Kerana fikirkan kawan kami bolehla bertoleransi lagi. Tapi bila dah sampai masa yang dijanjikan kononnya nak bayar, rupanya hampeh. Bolehnya dikata ala takde duitla nak bayar. Amboiii sedapnya bahasa ye. Bini ko jual emas bagai takkan takde untung kot. Update status emas dah ada booking, ada yang dirisik bagai. Tapi hutang tak nak bayar.

Padah Memberi Hutang
Padah Memberi Hutang

Bila dirisik-risik dengan jiran, rupanya mamat tu memang problem. Selalu tukar-tukar kerja. Dulu pernah bawak bas persiaran tapi berhenti sebab company tak nak bagi duit lebih pada dia. Perangai dia macam company tu ayahnya yang punya. Kemudian dia beli van kami kononnya nak buat berniaga barang basah. Jadi suami dengan baik hati jual padanya secara ansuran. Hanya bayar deposit dulu RM2000 kemudian RM2000 bayar kemudian. Sebenarnya van tu cukai jalan dah mati kononnya "kawan" suami pun tolong hidupkan pakai duit kami. Ish tak pernah dibuat orang kot. Kita jual, kita yang hidupkan roadtax tu. Tu la orang tak bersyukur, diberi bunga tahi yang kami dapat.

Janji nak bayar hujung bulan 10 sampai sekarang tak nampak bayang. Ehh nak lari mana rumah kau tu dekat je kot dengan kami. Suami pergi ke rumah dia nak tuntut yang dia janji. Kami ni umpama pengemis pulak menuntut hutang yang berhutang tu pulak sesedap rasa je nak bayar tak nak bayar dan berdolak dalih pulak tu. Dia nak van tu tapi bayar sampai habis punya liat. Bagi macam-macam alasan tak boleh berniaga sebab musim tengkujuh la. Hello bumi Allah ni luas, tak boleh berniaga barang basah berniaga la lain. Suami bagi kata dua pada dia, sama ada nak bayar baki atau pun kitorang tarik balik je van tu. Kalau beli guna loan bank pun bank dah bising sebab lambat bayar ni kan pula direct dengan owner. Kawan tak kawan, hutang tu tetap hutang. Geram betul dengan orang macam ni. 

Post a Comment

14 Comments

  1. Alahai, ada lagi orang cmni.. mohon diberi hidayah.

    ReplyDelete
  2. Ingatkan dah takde orang berperangai macam ni. Isk.. Isk.. Isk... Sabar bebanyak ye. Kadang-kadang tu pelik jugak dengan orang macam tu.

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Kekadang yang bagi hutang dah jadi pengemis - sian kan. Tak bantu tapi kesian.

    ReplyDelete
  4. Kak pun geram juga dgn org yg mcm tu kita sgt kesian kat dia, tp dia org tak kesian kat kita.

    ReplyDelete
  5. hehe teringat pepatah melayu, buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali hehe

    ReplyDelete
  6. Akak pun experienced benda yang sama...stress hadap orang macam ni...moga dia diberi hidayah

    ReplyDelete
  7. Eh, menyampah gila kut yg suka hutang orang tapi tak reti nak bayar balik. Tapi sebagai kawan, kita anggap itu sedekah ajelah. Tak kuasa dah nak tuntut hutang.

    ReplyDelete
  8. Tu lah. Ermm. Kalau boleh elakkan berhutang. Iols rela bersusah berlapar. Tapi kalau dah terdesak nak buat macam mana, tapi kenalah bertanggungjawab ke pemberi hutang. Biasa mc tu lah, dah pinjam duit, post bukan main kan. Hiks. Sabarlah ya. InsyaAllah dia bayar.

    ReplyDelete
  9. alamak ada hutang dengan bank.. heheheh

    ReplyDelete
  10. Kita ada masalah macam ni juga orang yang kita bagi hutang tu tak nak bayar dan kita pula yang kena merayu minta kat dia seolah-olah kita berhutang dengan dia wakakakak terbalik...

    ReplyDelete
  11. eh !! kite plak sakit hati membacanya.. hahahaha~

    ReplyDelete
  12. Itulah kak, kadang2 kita yang beri hutang ni pulak yang malu nak minta, dorang selamba je makan grand2 cuti sana-sini.

    ReplyDelete
  13. Masa nak berhutang, bukan main janji, bila dah dapat duit, janji tinggal janji. Itulah yang payahnya kalau bagi hutang pada orang. Kita lak malu nak minta balik sedangkan itu duit kita. huhu

    ReplyDelete
  14. Kalau ikut kan

    ayat paling panjang dalam quran tentang hutang

    jangan main main ya

    Orang kita banyak tak beringat

    ReplyDelete