AWAS!! Penipuan Percutian Taman Tema

AWAS!! Penipuan Percutian Taman Tema| Siapa yang tak teruja bila ditawarkan dengan baucer ke taman tema secara percuma. Kalau kinah pun teruja gila siap bayangkan nak ajak siapa nanti yela mana taknya boleh bawak maksimum 8 orang kot. 

Al kisahnya begini, masa kitorang jalan-jalan tiba-tiba suami dapat call daripada individu ni. Katanya suami ditawarkan baucer ke taman tema di Johor, bayangkan tiket seorang untuk ke taman tema tersebut lebih kurang RM150.00. Jadi, suami pun mintak la orang tu sms alamat tempat nak ambil baucer tu. Mula-mula kitorang teruja la jugak, siapa tak nak baucer percuma pulak tu. Masa on the way balik rumah, kinah terfikir aikk macam mana orang tu boleh dapat nombor telefon suami sedangkan dia bukannya sesuka hati bagi nombor telefon dia kat orang dan satu lagi menjadi tanda tanya mustahil lah orang nak bagi percuma, macam ada yang tak kena.

Penipuan Percutian Taman Tema
Penipuan Percutian Taman Tema

Bila baca balik sms yang dihantar tu, kita perlu dengar taklimat lebih kurang 30-34 minit. Hmm macam ada muslihat je kan. Jadi, balik rumah kitorang cuba google kot kot ada orang lain dapat peluang tawaran yang sama macam kitorang iaitu percutian Jelajah 1 Malaysia. Hasil carian daripada google rupanya di page pertama google ada berita daripada utusan online mengenai kes tawaran baucer percutian ke taman tema.

Cerita daripada wartawan tersebut lebih kurang sama je. Kitorang hanya mampu gelak je la hahaha. Nasibla buat research dulu tak main tangkap muat kalau tidak jenuhla nak dengar dan madah berhelah nak cari alasan untuk keluar dari terjerat percintaan penipuan mereka tu.

Moral of the story, janganlah mudah terpedaya dengan sebarang tawaran PERRRCUMA daripada individu atau organisasi yang meragukan. Jika berlaku sebegini pada kita, baik kita segera lapor kepada pihak berkuasa supaya tiada orang lain yang akan terpedaya dan melibatkan akta Hak Peribadi.

Post a Comment

22 Comments

  1. pernah kena juga, tapi malas nak layan. rasa mcm scam....hehe.
    but, nice sharing. hope kita selalu berwaspada dgn segala free stuff mcm ni kan...

    ReplyDelete
  2. Macam2 zaman sekarang ni.. kena lebih berhati-hati

    ReplyDelete
  3. haaa.. baru je dengar citer mcm ni dari blogger syamimi.. dapat panggilan mcm ni gak.. tapi dia pun tak percaya.. nasib baik

    ReplyDelete
  4. betul apa-apa sekarang ni elok cari maklumat dulu.. kalau betul baru pergi..zaman la ni macam-macam, jadi kena hati-hati sentiasa.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah kena plak. Tapi tq for sharing this story. Nak kena dgr ceramah tu yang tak tahan. Harus kena bayar apa2 juga nanti.

    ReplyDelete
  6. zaman skrg nie.. mcm2 org buat utk menipu.. haishhhh

    ReplyDelete
  7. Selamat tak pergi lagi kan.macam2 cara org nk menipu skrg ni. Kak Ana bab2 ni memang jaga2. Baik kak ana beli dkt website rasmi terus. Mahal janji x kena tipu

    ReplyDelete
  8. pernah dapat call dari agensi macam ni..memang tak pergi la sebab ada kawan dah kena...jahat diorang sekarang ni..macam- macam modus operandi

    ReplyDelete
  9. Kan... Rawlins pun pernah kena tawar tapi Rawlins selalu tangguh janji nak jumpa sampai dia bosan nak tagih janji haha

    ReplyDelete
  10. Lol..takut nye skrg ni..mcm2 blh kena tipu

    ReplyDelete
  11. pernah dapat calling dari percutian macam ni... Bonde terus malas na layan dan minta dia jgn call lagi sebab tidak berminat

    ReplyDelete
  12. Sekarang ni dah macam-macam orang nak menipu dan menggunakan pelbagai cara sedangkan no tel bank dan polis pun mereka boleh tipu teruk...

    ReplyDelete
  13. ugh bahaya betul dapat agensi penipu.. harap tak terjadi la.... tapi so far memang jarang We all relay on agensi

    ReplyDelete
  14. I pernah dapat call juga. Hari itu pergi dengar and then dapat 3D2N stay at Kuching. I punya real sebab booking dah done. Senang gold Coast pun done. Cuma dia orang nak suruh datang dengar dia orang sales package percutian

    ReplyDelete
  15. Zaman sekarang ni, apa je boleh buat untuk tipu rakyat. Dah la ekonomi teruk. Ditawarkan percutian murah la, percuma la, kemudian minta ic dan bank akaun. Walaupun takda duit dalam bank tu. Tapi tetiba kita berhutang entah dengan sesiapa. Jahat mereka ni.

    ReplyDelete
  16. Nasib baik bijak kan..x mudah terpedaya. Tapi betul mana la ada yg percuma 100% paling tidak kena jugak Byr sikit kan.kalau nk ticket taman tema dgn harga murah contact kita yeeee

    ReplyDelete
  17. wah.. ini first time saya dengar kes seumpama ni. mentang2 di hujung tahun ramai keluarga nak meluangkan masa dengan anak2, boleh pulak ambil kesempatan cara haram?! isy isy... tak patut betul!

    ReplyDelete
  18. ada udang di sebalik mee la ni hehe..bahaya tol. tapi skang ni memang mcm2 SCAM. scammer tahu ramai yang terdesak nak benda murah/percuma.

    ReplyDelete
  19. Sekarang ni memang bahaya.. kena hati-hati, tak boleh terus percaya dengan tawaran2 macam ni

    ReplyDelete
  20. Time-time cuti sekolah ni lah diorang suka ambil kesempatan .

    ReplyDelete
  21. Oh yang ini ek... ingatkan penipuan cuti apa la tadi...

    Ramai gak member yang terkena... Tapi benda nie betul, just datang pekakkan telingga.. then sebelum balik.. minta voucher tue... (if dorang banyak alasan, minta sampai dorang bagi.. muka kena garang sikit)

    then blah....

    ReplyDelete
  22. ya Allah bahayanya, nasib baik tergerak hati nak google dulu. manusia sekarang ni macam-macam jerat nak dipasang..

    ReplyDelete