Expo Negaraku 2017

Expo Negaraku 2017| Hari Isnin lepas tak tau nak kemana, last ajak suami pergi tengok Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka. Expo ni berlangsung dari 15 November hingga 15 Disember ni. Tak lama dah lagi 2 hari je lagi expo ni nak tamat. Pada yang tak tau nak buat aktiviti apa esok, apa kata korang pergi lawat expo tu. Menarik jugak tau.

Expo Negaraku 2017

Expo Negaraku 2017
Sampai je Dataran Merdeka, Thahirah pulak tidur. Jadi, ayahnya kata ibu pergilah masuk tengok expo dan dia tunggu Thahirah tidur dalam kereta. Apa lagi ni lah masanya kinah nak berjimba hahaha. Sesekali takde orang escort syok juga. Kalau korang nak tahu Expo Negaraku 2017 ada 5 kubah. Setiap kubah ada tema tertentu. Kubah pertama kinah tak masuk sebab panjang sangat barisannya. Kinah terus masuk kubah yang kedua. Kalau tak silap mengenai pengangkutan dan pembangunan. Dalam kubah ni, korang berpeluang untuk mencuba simulasi bawa bas Rapid KL. Kinah tak dapat nak cuba sebab ramai sangat nak jadi pemandu bas hihi.


Simulasi China Railway
Buku besar ni kita boleh selak guna tangan.
Sila Jawab Telefon Bila Berdering
Pameran bahagian Pendidikan dan Kesihatan


Banyak aktiviti yang boleh kita cuba dalam expo ni. Korang janganlah lepaskan peluang ni. Esok hari terakhir expo ni berlangsung.

Post a Comment

4 Comments

  1. Yeayyyyyyyy! onie p dah Expo Negaraku ni, banyak ilmu yang boleh dipelajari cuma bila weekend fuhhhhhhH! panjang beratur dia. Paling onie suka dengan Expo Negaraku ini adalah masuk PERCUMA,hhehehe ...Puas hati gak la..

    ReplyDelete
  2. Aduh dah terlepas expo menarik ni. Kan best kalau dilanjutkan lagi. Harap ada lagi expo macam ni akan datang.

    ReplyDelete
  3. Expo negaraku . Alahaii jauh nak pergi ..rasa macam rugi kalau tak attendkan diri le event ni . Macam- macam ilmu yg boleh kita dapat

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa .. kalau dekat dh busyra kesana.. hehe. teringinnn

    ReplyDelete