WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar| Diasaskan pada tahun 1953, produk Syarikat WD-40 sentiasa menemani pengguna di seluruh dunia sebagai produk yang perlu ada tidak kira sama ada diletakkan di bawah sinki, garaj mahupun kotak peralatan sejak berdekad lamanya.
Penggunanya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk mekanik dan jurutera, membuktikan ia adalah produk selamat yang sentiasa dipercayai ramai. Kepercayaan yang diletakkan oleh pengguna terhadap produk ini mendorong syarikat untuk terus melakukan pelbagai usaha bagi melindungi pengguna dan pada masa sama, memelihara alam sekitar.
WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar |
Sebagai contoh, formulasi yang digunakan untuk produk popular di dalam tin biru kuning, Produk Pelbagai Guna WD-40 tidak mengandungi bahan kimia penyebab kanser, benzena yang digunakan dalam pembuatan plastik, resin, nilon dan banyak lagi. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat akut dan sum-sum tulang. Pada kebiasaannya ia digunakan sebagai pelarut cat untuk industri, bahan pengilat, peluntur cat, petrol dan lain-lain.
Produk Pelbagai Guna WD-40 sememangnya produk biodegradasi atau mudah diurai iaitu menepati panduan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi biodegradasi (Kaedah 301 – kaedah ujian biodegradasi aerobik). Bekas yang digunakan untuk produk ini juga bersifat kitar semula, sama seperti bekas keluli yang lain.
WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar |
Ia juga mematuhi Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah (RoHS) yang bermaksud ia tidak mengandungi plumbum (Pb), merkuri (Hg), kadmium (Cd), hexavalent chromium (Cr6), polybrominated biphenyls (PBB) atau polybrominated diphenylether.
Bahan terlarang ini berbahaya kepada alam sekitar dan mencemarkan tapak pelupusan sampah. Ia juga mengancam keselamatan pekerjaan ketika proses pembuatan dan pelupusan.
WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar |
Selain itu, produk syarikat bersifat mesra ozon memandangkan ia tidak mengandungi Kloroflurokarbon (CFC) yang lazimnya terkandung di dalam sesetengah produk aerosol dan boleh memusnahkan lapisan ozon bumi.
Propelan adalah sejenis bahan yang membantu menyembur keluar Produk Pelbagai Guna WD-40 dari bekas tin. Bahan propelan yang digunakan di dalam Produk
Pelbagai Guna WD-40 ialah karbon dioksida (CO2) iaitu gas lengai. Penggunaan CO2 juga mengurangkan bilangan sebatian organik tidak menentu di dalam produk sekaligus menjadikannya lebih baik kepada alam sekitar.
Memandangkan penyembur WD-40 adalah bahan mudah terbakar, syarikat melakukan yang terbaik untuk sentiasa mengingatkan pengguna dan paling utama ialah penyembur berkenaan mesti diuji untuk mengetahui jarak mudah terbakar dan pembalikan api iaitu sama ada semburan itu akan berbalik kepada pengguna. WD-40 tidak memberi kesan pembalikan api tetapi ia masih mempunyai keupayaan untuk menyalakan api dan dikategorikan sebagai bahan mudah terbakar.
WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar |
Menerusi pengguna setianya di 176 negara di seluruh dunia, WD-40 sentiasya berbangga dengan usaha yang dilakukan dalam aspek penjagaan pelanggan serta keprihatinan terhadap alam sekitar yang menjadi sebab mengapa pengguna terus bergantung kepada produk ini dalam menyelesaikan masalah seharian.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk WD-40 atau data teknikal mengenainya, sila rujuk http://wd40.asia.
16 Comments
good :)
ReplyDeleteAlam sekitar ni tanggung jawab bersama
ReplyDeleteterutama kita ni kan khalifah di muka bumi
kalau tidak jalankan tanggungjawab
jadilah kita pembuat kerosakan
WD 40 ni banyak sangat kegunaan nya.. sebab tu ia selamat untuk alam sekitar. di rumah TB pun mesti ada WD 40 ni utnuk sembur bahagian-bahagian besi yang berkarat
ReplyDeleteKinah pun pakai wd 40 kat rumah ya
ReplyDeletebanyak guna
Baru pasal wd 40ni kinah.. Terima kasih kongsi taw nanti nak kena beli gak simpan kat rumah
ReplyDeletezaza pun bru tau psl WD 40 ni..boleh la cari untuk kegunaan akan datang nanti..
ReplyDeletewahhh baru tahu ia selamat untuk alam sekitar. memang perlu guna bagi mengelakkan karat selalunya.tq for tips yang berguna.
ReplyDeleteTak pernah tahu tentang produk WD-40 ni. Since bahannya tak mencemar alam sekitar, bio-urai dan tiada bahan berbahaya jadi baguslah untk digunakan seharian. Nanti nak pi carilah. Nak baca fungsi2 nya dulu.
ReplyDeleteDunia sudah cukup dengan produk berasaskan bahan kimia. Sudah tiba kita menjadi generasi organik demi kelangsungan dunia kita! Jom sokong!
ReplyDeleteJom ramai2 sokong product organik! ^^
ReplyDeleteOh benda ni. Ingatkan apa la wd-40. dah tengok botol baru tahu. Ruby ada sebotol kat rumah untuk spray kat pagar yang tersangkut. hahaha. banyak kegunaan produk ni.
ReplyDeleteI pun ada guna product wd40... yang i tak tau ia selamat untuk alam sekitar.. haha~
ReplyDeletekalau buat kerja-kerja di site, nak nak kena refurbish/modification, WD40 ni dah macam teman karib..mmg perlukan Wd40 ni
ReplyDeletekat rumah pun ada WD-40 tapi tersorok ditempat yg redup...
ReplyDeleteZumal memang pengguna WD 40 tapi tak tahu pun cerita pasal ni. Thanks for sharing...
ReplyDeleteProduk ni mmg sentiasa ada kt rumah dan dlm kereta..
ReplyDelete