Althea Holiday Gold Sparkling Box

Althea Holiday Gold Sparkling Box| Assalamualaikum kepada semua pembaca Love Is Simple. Hari ni kinah nak berkongsi mengenai produk kecantikan daripada Althea Korea. Percubaan berani kinah mencuba produk daripada Korea. Kalau korang nak tau produk daripada Althea ni semuanya original tau. Tak main la yang fake ni. Mesti korang nak tahu mengenai Althea kan? Ok jom kita story sikit mengenai Althea.

Althea Holiday Gold Sparkling Box

Althea Holiday Gold Sparkling Box
Althea Holiday Gold Sparkling Box
Tentang Althea
Althea kalau korang nak tahu Althea kini berada di 9 buah negara seperti Malaysia, Filipina, Singapura, Indonesia, Taiwan, Thailand, dan US. Peminat KPop mesti dah biasa dengan Althea ni. Kalau korang nak tahu servis diorang pun tip top. Sedar-sedar je orang Sky Net dah sampai depan pintu rumah. Kali ni, Althea telah mengeluarkan lagi box yang bertemakan Holiday Gold Sparkling Box sempena Krismas dan Tahun Baru ni. Mesti korang tertanya-tanya apalah isi dalam kotak ni kan hihi. Kalau korang nak tahu terdapat 5 item dalam kotak yang comel ni. Antaranya ialah:
  1. Chica-Y-Chico -  One Shot Eye Pallete  (Day Drink & Wine Burgundy
  2. LEAGUERTOX GOLD FOIL SEE THROUGH ILLUMINATION MASK
  3. PETITFEE - Gold EGF Eye & Spot Patch
  4. ONSAEMEEIN - Lumiere Gold Daily Cream (50ml)
  5. Lipstick NakeUp Face C-Cup Lip Tox Tick #Stealer

Harga Asal Golden Sparkling Box Holiday Edition
RM448.00
Harga selepas diskaun
RM109.00

Chica-Y-Chico -  One Shot Eye Pallete  (Day Drink & Wine Burgundy)

Day Drink
Wine Burgundy
Best betul dengan set pallete daripada Chica-Y-Chico ni. Warna-warna dia pun sangat menarik. Lepasni bolehlah kinah main-main mekap try and error. Dah ada satu set ni bagi kinah dah lengkap dah. 

LEAGUERTOX GOLD FOIL SEE THROUGH ILLUMINATION MASK
Water Light Spot Step 1
Item seterusnya ialah face mask daripada Leaguertox. Kalau korang semua nak tahu, mask ni ada dua step. Step yang pertama ialah Water Light Spot dan step kedua pula ialah Gold Foil See Through Illumination Mask. Mask ni sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi, korang tak payah risau ye. Kinah akan cerita ikut step by step ye.

Step pertama ni ada empat keping patch. Selepas cuci muka dari sebarang kotoran dan mekap, korang boleh apply Water Light Spot ni mengikut tempat yang disarankan seperti gambar kinah di bawah ni. Kalau korang perhatikan di bahagian smile line patch tu macam tak berapa lekat. Jadi pandai-pandai la nanti korang adjust ye.
Step 1 Water Light Spot
Lepas step pertama, kita cuba step yang kedua pulak iaitu Gold Foil See Through Illumination Mask. Panjang betul namanya. Apa yang best mask ni kalau korang nak tahu lain daripada yang lain tau. Selalunya mask yang kita guna tu kosong je tapi yang ni tak. Ada emas di mask kita. Tapi korang jangan salah pakai pulak ye. Oh ye sebelum terlupa, jika korang ada luka atau ada masalah kulit jangan pakai ye. Takut jadi lain pulak. Apa-apa pun tanya dulu pada yang pakar sebelum korang nak guna.
Gold Foil See Through Illumination
Review Kinah
Lepas guna mask ni, segar dan  sejuk je rasa muka ni. Macam baru balik buat facial pulak. Kalau korang nak beli mask ni harga asalnya ialah RM14.00. Tapi korang kena rajin bukak website Althea kot kot la ada promosi. Tengah ada promosi ni korang borong. Syokk tau mask ni. Rugi korang tak cuba.
Step 2 Gold Foil See Through Illumination
Petitfee Gold EGF Eye & Spot Patch
 Petitfee Gold & EGF Eye Spot Patch
Petitfee Gold EGF Eye & Spot Patch
Petitfee Gold EGF Eye & Spot Patch ni dihasilkan daripada gold, green tea, aloe vera, caciar dan ginseng. Korang yang berminat nak mencuba eye and spot patch boleh dapatkan terus di website Althea. Cepat order sebelum habis. Nak beli boleh klik terus di sini. Peringatan untuk korang, Petitfee Gold EGF Eye & Spot Patch ni selalu sold out. So cepat-cepatla buat stock.
Petitfee Gold EGF Eye & Spot Patch
Cara nak gunanya pun mudah, selepas cuci muka dan apply toner di muka bolehlah tepek patch tersebut di bawah mata atau pun di kawasan-kawasan spot selama 20 hingga 30 minit supaya essence tu terserap di kawasan yang bermasalah. Bau dia pun sangat wangi rasa sayang pulak nak guna haha. Tapi once korang dah buka, patch ni hanya tahan selama 2 bulan sahaja  ye. So nak dapatkan result yang baik, gunakannya secara konsisten. Memang korang tak kan menyesal beli ni.
Petitfee Gold EGF Eye & Spoy Patch
Review Kinah
Hoho yang ni paling kinah suka. Mata ni dah macam panda tau tak sebab tak cukup tidur. Sekarang ni tak risau dah sebab adanya Gold EGF Eye & Spot Patch. Lepas beberapa hari guna kesan sembap dan mata panda dah mula kurang. Masa mula-mula pakai tu macam rasa sejuk je rasa sebab patch tu nak mula bertindak. Kesannya memang best sangat. 

ONSAEMEEIN - Lumiere Gold Daily Cream (50ml)

ONSAEMEEIN - Lumiere Gold Daily Cream
ONSAEMEEIN - Lumiere Gold Daily Cream
Pertama kali sebenarnya kinah guna cream daripada Korea tau. Kesannya menakjubkan. Alhamdulillah kulit kinah sesuai dengan krim ONSAEMEEIN ni. Baunya pun sangat wangi. Terdapat 5 kandungan utama yang terdapat dalam ONSAEMEEIN Lumiere Gold Daily Cream iaitu emas, propolis extract, shea butter, niacinamide dan adenosine

Onsaemeein Lumiere Gold Daily Cream
Onsaemeein Lumiere Gold Daily Cream
Review kinah
Selepas beberapa hari guna, dah boleh nampak kesannya tau. Kulit muka kinah ni nampak lebih glowing. Satu lagi yang kinah perasan masa belek muka di cermin, lubang pori pada muka ni pun dah mula kurang dah. Memang puas hati sangat la dengan ONSA EMEEIN ni. Hanya guna sikit je sebab teksturnya agak moist sikit. Jadi kinah guna sikit je. Tapi hasilnya memang Woww.

Lipstick NakeUp Face C-Cup Lip Tox Tick #Stealer

Lipstick NakeUp Face C-Cup Lip Tox Tick #Stealer
Item seterusnya ialah lipstick NakeUp Face C-Cup Lip Tox Tick #Stealer. Sesungguhnya ni adalah lipstick yang menjadi favourite kinah sekarang. Asal nak keluar calit sikit. Warna dia pun takde striking sangat soft gitu. Apa yang best dengan NakeUp Face ni bila apply kat bibir je kita rasa mint mint berangin. Selesa sangat pakai. 
Lipstick NakeUp Face C-Cup Lip Tox Tick #Stealer
Untuk pengetahuan korang juga, lipstick ni mengandungi Rose Hip Fruit OilMacadamia seed butter dan  jojoba seed oil malah bukan saja bertindak sebagai lipstick boleh juga jadi  Lip balm + Lip plumper + Lipstick + lip tint + lip treatment. So pada mereka yang ada masalah bibir kering bolehlah cuba lipstick ni.
Review Kinah
Kinah memang selesa guna lipstick Nake Up Face # Stealer ni. Best sangat. Cuma yang tak bestnya tak kekal lama. Lepas makan je hilang dan korang kena la apply semula. So far itu je la yang dapat kinah cerita. 
Menariknya bila shopping di Althea ni korang akan dapat free sample tau. Kinah dapat sample daripada Missha skincare sample kit, satu jenama yang popular dalam kalangan orang Korea. Kalau ok dengan Missha boleh order nanti.

Nampak tak kad comel tu? Kalau korang nak tahu kad ni korang boleh gores dan lihat sama ada korang dapat berapa diskaun untuk pembelian seterusnya. Menarikkan. Tunggu apa lagi cepat dapatkan segera sebelum habis.

Post a Comment

18 Comments

  1. Wah.. Menarik isi dalam kotak.. Berbaloi-baloi..

    ReplyDelete
  2. Ramai yang review produk produk daei althea ni , keberkesanannya memang berbaloii

    ReplyDelete
  3. I like shopping there. love all the products I see here

    ReplyDelete
  4. best dapat review product2 mcm nie.. hope bertambah healty :)

    ReplyDelete
  5. Althea!nampak memang bagus kualiti produk ni!

    ReplyDelete
  6. Cam best je..k.sal dah la giler ngan produk kecantikan ni..ada gak yg order ni kang...huhuhu

    ReplyDelete
  7. Produk Althea memg nampak berkualiti dan best2

    ReplyDelete
  8. bestnya dia dapat produk althea..

    ReplyDelete
  9. Sukanya bila dpt box al thea ni. Macam-macam ada.

    ReplyDelete
  10. Banyak produk kecantikan sekarang ni

    tinggal nak beli dan pakai saja :)

    Itu yang kurang rajin

    ReplyDelete
  11. Tergoda plak tgk eye patch n face mask tu.

    ReplyDelete
  12. meriahnya isi dalam kotak tu. macam2 produk ada. harga pun boleh tahan. bestt

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. The Chica-Y-Chico eye palette looks so pretty! omg nak!

    ReplyDelete
  14. Cantiknya Althea box yg ni. Suka dengan eyeshadow punya both warna and lipstick punya packaging.

    ReplyDelete
  15. Bestnya box yg ni...
    Yg eye patch tu best kan..kita pun suka sgt

    ReplyDelete
  16. babe kale lipstick dia macam peachy orange, i dah try yang untuk mata tu, eyeshadow tu belum btw memang althea box tak pernah mengecewakan ! ;_)

    ReplyDelete
  17. kaler lipstick caaantik.. suka orange2 gituu..

    ReplyDelete