Minuman Prosperity Juice Kembali Lagi| Lagu kegemaran Tahun Baru Cina, Gong-Xi, Gong-Xi songs semakin kedengaran di udara dan dekorasi berwarna merah telah mula kelihatan di merata-rata tempat. Sama ada anda telah bersedia atau tidak, Tahun Anjing akan bermula tidak lama lagi!
Untuk menyambut permulaan Tahun Baru Cina yang makmur ini, kami di Juice Works Malaysia telah membawa kembali minuman Tahun Baru Cina yang disukai ramai peminat Juice Works iaitu Prosperity Juice!
Diperbuat daripada campuran jus dari limau mandarin, jambu, strawberi dan kegemaran utama ramai; laici – minuman ini bertambah enak dan wangi apabila ditambahkan dengan sorbet yang lazat yang akan menyediakan anda untuk menerima kebaikkan yang akan dibawa oleh tahun baru ini.
Minuman ini boleh didapati didalam tiga saiz: Junior (250ml dan bagus untuk kanak-kanak), yang di jual pada harga RM 8.95; MIDI (450ml) yang dijual pada harga RM 10.95; dan Power (600ml), yang dijual pada RM 12.95 (semuar harga adalah termasuk GST).
Berikut adalah serba sedikit maklumat mengapa kami memilih buah-buahan yang di sebutkan sebagai ramuan minuman tahun baru kami:
1. Limau Mandarin: Buah-Buahan bermusim ini adalah rendah kalori, penuh dengan serat dan Vitamin C dan A. Sebagai rakyat Malaysia, Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa satu atau dua limau mandarin ini.
2. Jambu: Ia dikenali sebagai buah-buahan yang sihat, kaya dengan V Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, dan potassium, yang merupakan antioxidan and detoksifikasi yang hebat.
3. Laici: Dipenuhi dengan Vitamin C, potassium dan fibre, ia juga merupakan sumber flavonoid yang hebat untuk memerangi penyakit. Ia juga mengandungi magnesium copper, zat besi, mangan and folat – semuanya adalah penting untuk peredaran dan pembentukan darah.
4. Strawberi: Buah-buahan yang berjus ini wangi dan merah, jus ini bukan sahaja dikenali sebagai buah antioksidant yang berada di 5 tangga teratas di dunia, malah ia juga didapati mempunyai keupayaan untuk mengawal atau mengurangkan tahap gula di dalam badan kami. Oleh kerana ia mempunyai phytonutrients yang tinggi, terdapat juga peningkatan minat untuk menyelidik terhadap buah ini untuk penyakit anti-radang!
Minuman istimewa ini hanya boleh didapati di semua kedai dan kiosk Juice Works dari 12 Jan 2018 sehingga 28 Feb 2018. Oleh itu, dapakan ia hari ini dan anda akan mendapat satu set beg angpow esklusif Juice Works secara PERCUMA, sementara stok masih ada.
Sempena cuti perayaan yang akan datang ini, kami di Juice Works ingin mengucapkan kepada anda, Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai ah!
P/s: Juice Works baru sahaja membuka kedai baru mereka di DC Mall dengan minuman eksklusif yang hanya boleh didapati di kedai Juice Works.
1 Comments
sedap tu choices of fruits yang dipilih.. masam2 tapi refreshing gituu..
ReplyDelete