Cari Masa Berkualiti Dengan Bercuti

Cari Masa Berkualiti Dengan Bercuti | Selamat bercuti kepada semua. Disebabkan cuti pada tahun ni boleh dikatakan agak banyak, cuba rancang cuti korang tu supaya cuti tu dapat digunakan dengan sebaiknya. Bagi ibu bapa yang berkerjaya dan susah dapat cuti terutamanya ketika musim cuti sekolah perlulah bijak untuk menguruskan masa dan mempunyai perancangan yang kreatif supaya dapat memanfaatkan waktu bercuti bersama keluarga. 

Cari Masa Berkualiti Dengan BercutiCari Masa Berkualiti Dengan Bercuti

BEKERJA SAMBIL BERCUTI
Apabila perlu keluar bandar atas urusan kerja, apa kata korang cuba ambil peluang ni untuk bawa pasangan dan anak-anak bersama. Waktu kerja cuba lakukan dengan sebaiknya. Apabila diluar waktu kerja, pada masa inilah korang dapat habiskan masa  bersama keluarga dan menikmati keindahan tempat yang dikunjungi dengan melawat tempat-tempat menarik di situ. 

BERCUTI SAMBIL BEKERJA
Bolehkan bekerja tanpa perlu datang ke pejabat? Jika boleh, korang cuba manfaatkan kemajuan teknologi yang semakin berkembang pesat ini dengan cara bekerja secara dalam talian (online). Dengan cara ini, korang boleh bekerja di siang hari dan menikmati baki hari bersama keluarga walau di mana korang berada.

BERCUTI DENGAN PERCUTIAN PANJANG
Sebagai pekerja, kita semua memiliki tempoh cuti tahunan yang diperuntukkan setiap tahun. Namun begitu, tidak ramai yang mengambil cuti dalam tempoh yang panjang sekali gus. Jika korang tidak ada banyak masa terluang bersama keluarga, apa kata cuti korang yang banyak tu korang habiskan masa berkualiti bersama keluarga. Mesti anak-anak korang happy.

BERCUTI SEBELUM MEMULAKAN TUGAS DI TEMPAT BARU
Tahniah korang dapat kerja baru. Semestinya lebih bersemangat untuk tempat baru ni. Tapi sebelum korang mulakan kerja ditempat baru, kebiasaanya notis berhenti perlu dihantar atau berkuat kuasa sebulan selepas notis dihantar. Apa kata korang manfaatkan cuti tahunan berbaki di syarikat lama untuk pergi bercuti. Jadi, dalam tempoh percutian tu, rancanglah percutian dengan sebaiknya mana la tahu di tempat baharu tu nanti susah nak dapat cuti.

BERCUTI DALAM MASA YANG LAMA
Selain cuti tahunan yang diperuntukkan, ada sesetengah syarikat yang memperuntukkan cuti khusus untuk pekerjanya. Cuti khusus atau khas itu boleh diambil jika pegawai itu bekerja selama beberapa tahun di syarikat tersebut. Oleh itu, rancang percutian bersama keluarga. Sebelum anak-anak beranjak dewasa, ambillah kesempatan yang ada ni untuk bercuti bersama anak korang. Ciptakan momen yang terindah bersama keluarga.

Sumber: Harian Metro


BACA DISINI : Disiniland Agrofarm Resort Di Batu Kurau

Post a Comment

6 Comments

  1. bercuti dengan percutian panjang tu yang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. tambah pula poket penuh. huhu heaven betul

      Delete
  2. Lama dah teman tak bercuti-cuti Malaysia nie...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Apa yang penting adalah masa yg berkualiti utk family. Betul tak ?

    ReplyDelete
  5. Ok jom kita pakat cari masa untuk cuti2 malaysia

    ReplyDelete