Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari | Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.
Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:
Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.
Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.
Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
24 Comments
terbaek..
ReplyDeleteperghh menarik tawaran shopee nie..meletup2 gituhh
ReplyDeleteRata rata nak umpan orang keluar duit banyak masa hari gaji. Memang lebih baik simpan duit dan buat pelaburan ilmu dan aset.
ReplyDeleteBeli shopee tak termasuk dalam kategori diatas
Suka shopping kat shopee sebab lebih murah dan mudah. Kena shopping nanti nie. Tak sabar!
ReplyDeleteShoppee ni siap ada hari gaji juga? Daebak!Memang kejap je la duit gaji habis ni. Asyik menshoppee je keje they all.
ReplyDeleteLots of return. Will set my date to start my shopping at Shopee on next Mon to save more.
ReplyDeletetak sabarnya tunggu kempen shopee.. haritu kempen watson dan guardian, ni target nak beli elianto lak.. entah berapa ringgitlah habis bulan ni untuk kosmetik huhuhuhu
ReplyDeletehuhu.. TB sedang menunggu masa je ni nak shopping.. dah masuk dalam list.. tunggu nak checkout dan fikir 10x dulu baru checkout.. hahahaha.. bergertar jantung nak keluar duit.. shopee shopee.. nasiblah.. duit keluar macam air
ReplyDeletebelum lagi membeli kat sini.Btw memang nampak mu4rah2 shopee..
ReplyDeleteBestsya shoping-shoping kalau bertuah dapat pulak henpon.
ReplyDeleteSana sini citer pasal shopee. Geram jer rada sebab tak boleh nak shopping. Kena berbelanja secara berhemah sebab dapat gaji awal. Next month lah baru boleh shopping.
ReplyDeleteBelum pernah shopping kat shopee lagi ni. Selalu lazada ja. Nak try jugaklah nanti huhuh.
ReplyDeleteBestnya shopping dengan harga yang sangat berbaloi. Bolwh join contest pula tu. Kira timingbyg betul utk membeli-belah
ReplyDeleteHehehehe gaji kita dah habis lah dapat awal bulan ni wakakakak kita mampu tengok jer lah sekarang ni kalau ada promosi dah harga murah hehehehe melainkan betul-betul murah wakakakkaka..
ReplyDeleteTak nak shopping! tak nak!! hahahaha...stress pulak banyak sangat promo..nasib baik dah beli dah pan takoyaki kitaaa :D
ReplyDeletethis is the rebate i can never resist as i really love shopping at this shopee platform and guess what i was their seller too however i think i spend more than i sell.. lolz
ReplyDeleteRacheal
shopee kalau nak membeli biar berbaloi la, kadang-kadang harga kos penghataran lebih mahal dari items, macma tu baik beli terus di kedai je, yang penting puas hati gitu lol
ReplyDeleteRamai betul yg dok membeli kat Shopee sekarang ni, dah lah harga murah..dapat diskaun lagi. Sis pun dah beli jugak..skrg tgh tunggu barang je..hehehe
ReplyDeleteBanyak gak pulangnya.... Tapi bulan nie hari gaji awal sangat... so dah kering dah waktu kempen nie start hahahha
ReplyDeleteI wanna go online shopping now... Let's shop and enjoy the discount@!
ReplyDeleteI have mark my calendar and also shortlist the items i want to get on that day. Thanks for the infor.
ReplyDeleteshopee mmg best dan mudah.. busyra penah beli di shopee.
ReplyDeletegov dah gaji awal..ni msti nak tarik yg swasta join sama hihi..xapa..smua brgan shoppe berbaloi..xrugi kann
ReplyDeletejemput singgah di entry yg sama hihi
http://www.opzzpinky.my/2018/02/nikmati-18-pulangan-tunai-sempena.html
Haaa...shopee ni macam tau2 aje org gaji awal..tgklah dulu nak bershopping ke idok kat shopee
ReplyDelete